Kajian pelaksanaan saham wakaf di Majlis Agama Islam Selangor menurut perspektif pengurusan Islam / Mohd Hidayat bin Abd Rani

Abd Rani, Mohd Hidayat (2013) Kajian pelaksanaan saham wakaf di Majlis Agama Islam Selangor menurut perspektif pengurusan Islam / Mohd Hidayat bin Abd Rani. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (5Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (235Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (167Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (597Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (405Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (328Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (37Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (85Kb) | Preview
                  [img] PDF
                  Download (263Kb)
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (17Kb) | Preview
                      [img]
                      Preview
                      PDF
                      Download (318Kb) | Preview
                        [img]
                        Preview
                        PDF
                        Download (2511Kb) | Preview
                          [img]
                          Preview
                          PDF (Full Text6365)
                          Download (13Kb) | Preview

                            Abstract

                            Saham wakaf adalah satu konsep berwakaf yang telah diwujudkan dan dilaksanakan bagi memudahkan umat Islam melaksanakan ibadah wakaf. Di Malaysia, saham wakaf berlaku apabila pewakaf mewakafkan wang tunai kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau badan-badan yang bertauliah yang bertindak sebagai pemegang amanah. Wang ini akan dikumpulkan di dalam Tabung Dana Wakaf untuk ditukarkan kepada harta kekal berdasarkan konsep istibdal. Hasil daripada harta wakaf tersebut kemudiannya akan digunakan untuk tujuan kebajikan ummah dan meningkatkan syiar Islam. Sebagai sebuah agensi agama Islam, MAIN bertanggungjawab ke atas segala urusan berkaitan hal ehwal Islam di bawah bidang kuasanya dan memastikan panduan serta ketetapan yang telah digariskan dalam Islam dapat direalisasikan, termasuklah dalam pelaksanaan saham wakaf. Kajian ini bermatlamat menganalisis pelaksanaan saham wakaf di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menurut perspektif pengurusan Islam. Kajian ini meneliti sejauh mana elemen-elemen pengurusan Islam iaitu sumber, falsafah, fungsi, prinsip dan matlamat pengurusan Islam diaplikasikan dalam pelaksanaan saham wakaf. Seterusnya kajian ini turut mengkaji masalah dan cabaran berkaitan pelaksanaan saham wakaf di MAIS. Bagi mencapai matlamat tersebut, kajian ini menggunakan metode pengumpulan data daripada dua sumber utama, iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Data primer diperolehi menerusi temubual dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab di MAIS berhubung saham wakaf. Manakala data sekunder diperolehi menerusi rujukan jurnal, kertas-kertas kajian, laporan tahunan, kertas-kertas persidangan dan seminar, buku-buku serta laman web yang berkaitan dengan saham wakaf dan pengurusan Islam. Hasil kajian mendapati pelaksanaan saham wakaf sebahagian besarnya telah menepati elemen-elemen pengurusan Islam itu sendiri. Walau bagaimanapun, masih terdapat elemen-elemen tertentu seperti perancangan, sumber manusia, pemantauan, komunikasi dan infrastruktur yang masih perlu diberi perhatian dan ditambah baik oleh MAIS agar pelaksanaan saham wakaf ini benar-benar dapat mencapai matlamat pengurusan Islam secara menyeluruh. Dalam masa yang sama, masalah dan cabaran yang dihadapi turut perlu diberi perhatian oleh MAIS bagi menambahbaik pengurusan saham wakaf ini. Dengan demikian, pelaksanaan saham wakaf dapat diperkemaskan untuk diteladani oleh MAIN di negeri-negeri lain dan sekaligus meningkatkan kepercayaan umat Islam untuk menyertai saham wakaf ini.

                            Item Type: Thesis (Masters)
                            Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
                            Uncontrolled Keywords: Majlis Agama Islam Selangor; Waqf--Religious aspect--Islam; Charitable uses, trusts, and foundations (Islamic law)--Selangor
                            Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                            Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Management
                            Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
                            Date Deposited: 15 Jun 2015 14:05
                            Last Modified: 15 Jun 2015 14:05
                            URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5076

                            Actions (For repository staff only : Login required)

                            View Item