Analisis karya-karya fiqh ibadat di Malaysia dari tahun 1998 sehingga 2008 / Arman bin Yusop

Yusop, Arman (2013) Analisis karya-karya fiqh ibadat di Malaysia dari tahun 1998 sehingga 2008 / Arman bin Yusop. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (11Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini meneliti karya-karya fiqh ibadat yang diterbitkan sepanjang tempoh 10 tahun, iaitu dari tahun 1998 sehingga 2008. Sebanyak 50 karya fiqh ibadat yang dihasilkan dalam tempoh berkenaan dianalisis untuk mendapat data yang dikehendaki. Data dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif berdasarkan empat aspek utama, iaitu metodologi penulisan dan penyusunan karya-karya, tema-tema, aliran pemikiran, serta bentuk karya. Hasil analisis secara keseluruhan mendapati metode penulisan dan penyusunan telah menampil pembaharuan iaitu dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami, dan susunan tajuk yang baik serta terdapat 10 karya bergambar dan sebuah berjadual. Dari segi tema pula, karya-karya tersebut dapat dikategorikan kepada tema solat, puasa, haji dan umrah, bersuci, pengurusan jenazah, akikah serta pelbagai tema. Daripada tema-tema tersebut tema solat paling banyak diterbitkan iaitu 23 buah (46%). Manakala tema puasa iaitu 5 buah (10%) dan tema akikah paling sedikit dihasilkan iaitu sebuah (2%). Selain itu, didapati masih banyak karya fiqh ibadat pada tahun-tahun 1998-2008 berasaskan aliran mazhab Syafi‘i iaitu sebanyak 23 buah (46%). Ia juga, mendapati bahawa kebanyakan karya fiqh ibadat yang dihasilkan pada tahun-tahun tersebut berbentuk popular, iaitu sebanyak 41 buah (82%) berbanding berbentuk ilmiah hanya berjumlah 9 buah (18%). Rumusan kajian ini, mendapati bahawa perlu ada transformasi dalam penulisan karya-karya fiqh ibadat bagi menghasilkan karya-karya yang benilai. Karya-karya tersebut perlu ditulis secara kreatif dan kritis berdasarkan isu-isu semasa dengan berpandukan mazhab Syafi‘i serta bersifat lebih terbuka menerima pendapat mazhab lain dan ulamak kontemporari.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: M.Syariah -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
    Uncontrolled Keywords: Worship (Islam); Shafiites
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 09 Jun 2015 13:23
    Last Modified: 09 Jun 2015 13:23
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5086

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item