Pengurusan kualiti menurut perspektif Islam : kajian di Majlis Perbandaran Subang Jaya / Lokman bin Abdul Rasol

Abdul Rasol, Lokman (2013) Pengurusan kualiti menurut perspektif Islam : kajian di Majlis Perbandaran Subang Jaya / Lokman bin Abdul Rasol. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (586Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (1620Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (1765Kb) | Preview

        Abstract

        Disertasi yang bertajuk Pengurusan Kualiti Menurut Perspektif Islam: Kajian Di Majlis Perbandaran Subang Jaya ini dibuat untuk menerangkan kepada masyarakat tentang teori dan amalan pengurusan kualiti menurut perspektif Islam. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah dijadikan lokasi oleh penulis kerana MPSJ merupakan sebuah agensi yang mengamalkan pengurusan kualiti secara menyeluruh. Penulis telah menemuramah beberapa responden dari MPSJ yang terdiri daripada pegawai atasan, pegawai pertengahan dan kakitangan bawahan bagi mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci dan menyeluruh. Kemudian penulis juga telah membandingkan amalan pengurusan kualiti yang diamalkan di MPSJ dengan prinsip-prinsip pengurusan yang diamalkan dalam Islam seperti konsep ihsan, istiqamah dan syura. Di antara objektif yang menjadi fokus utama penulis dalam kajian ini ialah untuk menerangkan tentang teori dan amalan pengurusan kualiti yang diamalkan di MPSJ menurut perspektif konvensional dan Islam di samping mengenalpasti strategi-strategi dan juga faedah-faedah amalan pengurusan kualiti yang diamalkan di MPSJ dan seterusnya penulis menghuraikan masalah-masalah pengurusan kualiti di MPSJ. Setelah selesainya penulisan ini, penulis mendapati banyak persamaan antara konsep pengurusan kualiti konvensional dan Islam ini, bahkan hanya istilah sahaja yang membezakannya. Ini jelas membuktikan bahawa amalan pengurusan kualiti di MPSJ sedikit sebanyak telah memudahkan urusan orang ramai yang datang ke MPSJ dengan memperolehi layanan yang baik, telus dan efisyen. Ia sangat bertepatan dengan konsep Islam iaitu hablum min Allah, hablu min an-Nas iaitu Islam amat menuntut umatnya agar menjaga hubungannya dengan Allah SWT di samping menjaga hubungannya sesama manusia.

        Item Type: Thesis (Masters)
        Additional Information: M.Syariah -- Jabatan Siasah Syar'iyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
        Uncontrolled Keywords: Subang Jaya (Selangor)--Majlis Perbandaran--Management; Total quality management--Religious aspects--Islam; Management--Religious aspects--Islam
        Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
        H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
        Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Siasah Syar'iyyah
        Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
        Date Deposited: 09 Jun 2015 13:46
        Last Modified: 09 Jun 2015 13:46
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5090

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item