Faktor insaniah dalam pengurusan kualiti : kajian di Majlis Agama Islam Selangor / Musaiyadah Ahmadun

Ahmadun, Musaiyadah (2013) Faktor insaniah dalam pengurusan kualiti : kajian di Majlis Agama Islam Selangor / Musaiyadah Ahmadun. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (152Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (1273Kb) | Preview

      Abstract

      Faktor insaniah merupakan aspek yang amat penting dalam sesebuah organisasi bagi melihat sejauhmana kejayaan sesebuah organisasi. Namun para pengkaji masih lagi kurang mengkaji berkaitan perkara tersebut. Oleh itu, kajian ini akan tertumpu kepada faktor insaniah dalam pengurusan kualiti di MAIS. Bagi mengukuhkan lagi konsep kajian ini, pengkaji telah menggunakan beberapa metod iaitu pengumpulan data, kajian dokumen, pengamatan, induktif dan deduktif. Bagi memantapkan lagi kajian berkaitan faktor insaniah pengkaji telah melakukan sesi temubual terhadap sembilan orang pegawai MAIS. Dalam Kajian ini, penulis menumpukan kepada perlaksanaan program kualiti di MAIS, mengenalpasti faktor-faktor insaniah ke atas perlaksanaan kualiti di MAIS serta menganalisis beberapa faktor insaniah ke atas perlaksanaan pengurusan kualiti di MAIS, diakhir pengkaji membincangkan kepentingan faktor insaniah dalam pengurusan kualiti terhadap MAIS. Pengkaji juga mengemukakan beberapa cadangan yang releven untuk memperbaiki pengurusan organisasi di MAIS ke arah yang lebih cemerlang. Hasil kajian membolehkan pengkaji mengenalpasti beberapa inisiatif yang telah dilaksanakan oleh MAIS bagi menaiktaraf kualiti pengurusan iaitu perancangan, prosedur, audit, penambahbaikan berterusan, program bulan inovasi dan program hari mesra pelanggan. Manakala, faktor insaniah yang diterapkan dalam pengurusan berkualiti adalah taat setia, amanah, adil dan saksama, berilmu dan berkemahiran, ihsan, kepimpinan pengurusan atasan, penambahbaikan berterusan, kerja berpasukan, bermesyuarat, latihan dan pembangunan, ganjaran dan penghargaan.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: M.Syariah -- Jabatan Siasah Syariyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
      Uncontrolled Keywords: Majlis Agama Islam Selangor--Management; Total quality management--Religious aspects--Islam; Management--Religious aspects--Islam; Human capital--Selangor--Management
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Siasah Syar'iyyah
      Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
      Date Deposited: 09 Jun 2015 15:07
      Last Modified: 09 Jun 2015 15:07
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5092

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item