Kefahaman dan pelaksanaan ibadat khusus dalam kalangan saudara kita : kajian di Urusetia Saudara Kita (USK) Kuching, Sarawak / Fatimah binti Hamrie

Hamrie, Fatimah (2013) Kefahaman dan pelaksanaan ibadat khusus dalam kalangan saudara kita : kajian di Urusetia Saudara Kita (USK) Kuching, Sarawak / Fatimah binti Hamrie. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (29Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (5Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (150Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (625Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (573Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (677Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (418Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (1548Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (291Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (388Kb) | Preview
                      [img]
                      Preview
                      PDF
                      Download (475Kb) | Preview
                        [img]
                        Preview
                        PDF
                        Download (119Kb) | Preview
                          [img]
                          Preview
                          PDF (Full Text)
                          Download (98Kb) | Preview

                            Abstract

                            Kedudukan Saudara Kita masih agak terkebelakang dalam beberapa aspek terutamanya dari sudut pendidikan, pelaksanaan, pembelajaran agama dan kebajikan Saudara Kita. Di samping itu, Saudara Kita juga menghadapi ancaman gerakan agama Kristian. Ini dapat dilihat daripada kes-kes Saudara Kita di pedalaman yang dilaporkan terpengaruh dengan agama Kristian. Gerakan agama Kristian yang semakin bergiat menyebabkan Saudara Kita kembali semula kepada agama asal mereka di samping tidak ada bimbingan yang berterusan dan keprihatinan bagi memantapkan lagi keimanan dan keyakinan mereka terhadap agama Islam. Justeru, kajian ini telah dijalankan untuk menilai tahap kefahaman dan pelaksanaan ibadat khusus dalam kalangan Saudara Kita selepas pengislaman dan mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh Saudara Kita di dalam memahami dan melaksanakan ibadat khusus tersebut. Di samping itu, pengkaji juga ingin mengkaji peranan pihak Urusetia Saudara Kita (USK) dalam memberi kefahaman ibadat khusus iaitu solat, puasa, zakat dan haji kepada Saudara Kita dan membimbing mereka dalam pelaksanaannya. Metodologi yang digunakan pengkaji untuk mendapatkan data dalam kajian ini ialah metod soal selidik dan temu bual secara mendalam. Hasil daripada dapatan kajian, pengkaji mendapati tahap kefahaman dan pelaksanaan ibadat khusus dalam kalangan Saudara Kita secara keseluruhan adalah memuaskan atau berada ditahap yang baik. Selain itu, keputusan analisis mendapati pihak USK dan JAIS telah memainkan peranan yang penting dalam usaha memberi kefahaman dan membimbing mereka dalam pelaksanaan ibadat khusus. Pengkaji juga dapat mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh Saudara Kita adalah berpunca daripada keluarga, penerimaan masyarakat Islam terhadap mereka, krisis identiti dan persekitaran. Beberapa cadangan dikemukakan kepada Saudara Kita dan pihak-pihak tertentu. Dapatan akhir kajian ini menunjukkan bahawa kesemua objektif dalam kajian ini sudah tercapai. Pengkaji berharap kerjasama yang baik di antara pihak USK dan JAIS ini akan berterusan bagi memantapkan lagi modus operandi dan usaha dakwah terhadap Saudara Kita supaya mereka ini benar-benar memahami Islam dan mengaplikasikannya di dalam kehidupan dengan sebaiknya.

                            Item Type: Thesis (Masters)
                            Additional Information: M.Syariah -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
                            Uncontrolled Keywords: Muslim converts--Sarawak--Kampung Belimbin; Islam--Customs and practices
                            Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                            Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
                            Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                            Date Deposited: 09 Jun 2015 15:12
                            Last Modified: 09 Jun 2015 15:12
                            URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5093

                            Actions (For repository staff only : Login required)

                            View Item