Pelaksanaan program amali solat dalam Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) : kajian di sekolah menengah Daerah Hulu Langat / Kamarul Hazani bt Yusof

Yusof, Kamarul Hazani (2011) Pelaksanaan program amali solat dalam Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) : kajian di sekolah menengah Daerah Hulu Langat / Kamarul Hazani bt Yusof. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (268Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (805Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (74Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF (Full Text)
        Download (81Kb) | Preview

          Abstract

          Solat merupakan tiang agama yang wajib dilaksanakan oleh setiap orang Islam. Solat yang dilakukan secara sempurna mampu membentuk jati diri seseorang di samping dapat menghindari segala bentuk kejahatan dan kemungkaran. Oleh itu, pendidikan remaja khususnya dari aspek pelaksanaan solat perlu ditekankan melalui mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah. Menyedari kepentingan ini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan PAFA (Perkara Asas Fardu Ain) pada tahun 1995 untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah Kementerian Pelajaran Malaysia. Program Amali Solat adalah salah satu komponen yang terdapat dalam PAFA, yang mana ia merupakan satu program khusus ke arah melatih pelajar secara praktikal di dalam melaksanakan solat yang sempurna. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk pelaksanaan Program Amali Solat yang dijalankan di sekolah menengah dalam kawasan kajian iaitu daerah Hulu Langat. Metodologi yang digunakan bagi mendapatkan data dalam kajian ini adalah melalui soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Hasil kajian ini mendapati bahawa para guru mengajar pelajar mereka cara wuduk dan cara solat secara teori di dalam kelas, kemudian melaksanakannya secara praktikal di surau/musolla sekolah dalam waktu solat fardu iaitu waktu zohor atau asar. Hasil kajian juga mendapati para pelajar berpuas hati terhadap bentuk pelaksanaan Program Amali Solat serta tempat/prasarana tempat pelaksanaan program ini. Manakala dari sudut peruntukan waktu pelaksanaan Program Amali Solat pula, majoriti pelajar berpendapat ianya perlu ditambah. Pelajar juga lebih suka Program Amali Solat dilaksanakan sebelum masuk waktu solat fardu berbanding ketika waktu solat fardu. Hasil kajian ini juga dapat mengenalpasti masalah dalam pelaksanaan program berdasarkan perspektif guru iaitu masalah untuk mengawal pelajar yang ramai serta untuk memastikan mereka mengikuti program ini dengan baik. Masalah berdasarkan perspektif pelajar pula ialah dari sudut peruntukan waktu pelaksanaan program yang terhad dan juga masalah suasana bising dari pelajar lain yang mana menjejaskan tumpuan mereka kepada program ini.

          Item Type: Thesis (Masters)
          Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011
          Uncontrolled Keywords: Prayer--Islam; Salat
          Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
          Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
          Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
          Date Deposited: 09 Jun 2015 16:08
          Last Modified: 09 Jun 2015 16:08
          URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5106

          Actions (For repository staff only : Login required)

          View Item