Maslahah sebagai satu justifikasi terhadap keharusan sambutan Maulidur Rasul di Malaysia / Azri bin Bhari

Bhari, Azri (2010) Maslahah sebagai satu justifikasi terhadap keharusan sambutan Maulidur Rasul di Malaysia / Azri bin Bhari. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (5Mb) | Preview

    Abstract

    Sambutan maulidur rasul telah dilaksanakan sekian lama oleh umat Islam di Malaysia walaupun ianya tidak dikaitkan dengan perbuatan para sahabat, tabi‘in dan ulama silam. Namun dakwaan sesetengah golongan yang mengaitkan sambutan maulidur rasul dengan bid‘ah menyebabkan timbulnya polemik yang berpanjangan di kalangan umat Islam sehingga kini. Masing-masing menggunakan hujah tersendiri berdasarkan kefahaman yang dibawa oleh kumpulan tertentu. Senario ini memerlukan kajian yang khusus melibatkan pemakaian instrumen usul al-fiqh iaitu maslahah sebagai justifikasi sebenar dalam menilai adakah sambutan maulidur rasul bercanggah dengan kehendak syarak atau tidak. Melalui kajian ini, beberapa pandangan pro dan kontra terhadap keharusan sambutan maulidur rasul cuba dianalisis secara mendalam. Justeru itu, pemahaman terhadap maslahah dalam ilmu usul al-fiqh cuba diaplikasikan dalam menilai kedudukan sebenar keharusan sambutan maulidur rasul. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan di dalam mengumpul data berkaitan. Seterusnya penganalisaan data dibuat melalui kaedah induktif, deduktif dan komparatif. Setelah dibuat analisis mendalam terhadap permasalahan ini, tidak ada suatu dalil pun yang jelas menegah sambutan maulidur rasul. Bahkan secara umum terdapat dalil yang mengharuskan sambutan ini diadakan. Kajian ini menunjukkan bahawa bid‘ah dalalah yang disandarkan kepada sambutan maulidur rasul oleh sesetengah pihak, tidak diasaskan kepada metodologi hukum yang jelas. Oleh itu, keharusan terhadap sambutan maulidur rasul boleh dikaitkan dengan maslahah mursalah.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
    Uncontrolled Keywords: Mawlid al-Nabi--Malaysia; Istislah (Islamic law)--Malaysia
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
    Date Deposited: 09 Jun 2015 16:17
    Last Modified: 09 Jun 2015 16:17
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5108

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item