Kajian pelaksanaan kurikulum j-QAF oleh guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kent, Tuaran, Sabah / Sabariah binti Bahrun

Bahrun, Sabariah (2009) Kajian pelaksanaan kurikulum j-QAF oleh guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kent, Tuaran, Sabah / Sabariah binti Bahrun. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (59Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (965Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF (Full Text)
      Download (193Kb) | Preview

        Abstract

        Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Ia bertujuan untuk melihat pelaksanaan kurikulum j-QAF oleh guru pelatih dalam aspek kepentingan, komitmen guru dan pihak sekolah, penggunaan kaedah dan teknik mengajar, penggunaan bahan bantu mengajar, dan aspek-aspek pembelajaran murid. Kaedah kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik, manakala kaedah kualitatif secara pemerhatian diaplikasikan bagi menyokong soal selidik. Pemilihan sampel soal selidik adalah seramai 74 orang guru pelatih j-QAF ambilan tahun 2007 di sebuah Institut Pendidikan Guru Malaysia di Sabah. Manakala pemilihan sampel pemerhatian pula adalah sebanyak lapan buah sekolah rendah. Sebanyak enam soalan kajian telah dikemukakan untuk kajian ini dan analisa data kajian soal selidik menggunakan perisian SPSS dengan mempersembahkan kekerapan, peratus, min dan korelasi Pearson. Manakala analisis pemerhatian menggunakan kekerapan telah diaplikasikan bagi menyokong dapatan soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian tahap tinggi (min 3.0 – 3.96) untuk aspek kepentingan, komitmen guru dan sekolah, penggunaan kaedah dan teknik mengajar dan penggunaan bahan bantu mengajar. Manakala tahap sederhana tinggi (min 2.5 – 2.99) terhadap aspek-aspek pembelajaran murid dalam model-model j-QAF telah dicapai. Dalam kajian ini, dapatan pemerhatian telah menyokong dapatan soal selidik. Diharap maklumat yang diperoleh daripada hasil kajian ini dapat membantu guru j-QAF dan pihak berkenaan untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul dalam pelaksanaan kurikulum j-QAF untuk menjamin keperkasaan Pendidikan Islam.

        Item Type: Thesis (Masters)
        Additional Information: Dissertation (M.Islam Stud.) -- Program Pengajian Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
        Uncontrolled Keywords: Islam--Study and teaching--Sabah; Islamic religious education--Sabah; Curriculum planning--Sabah
        Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
        L Education > L Education (General)
        L Education > LG Individual institutions (Asia. Africa)
        Divisions: Academy of Islamic Studies
        Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
        Date Deposited: 10 Jun 2015 17:33
        Last Modified: 10 Jun 2015 17:33
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5115

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item