Analisis perbandingan amalan kaedah pembayaran zakat tanaman : kajian di negeri Selangor dan Perlis / Nuruul Hidayah binti Mansor

Mansor, Nuruul Hidayah (2012) Analisis perbandingan amalan kaedah pembayaran zakat tanaman : kajian di negeri Selangor dan Perlis / Nuruul Hidayah binti Mansor. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (1305Kb) | Preview

    Abstract

    Hasil tanaman merupakan salah satu harta yang dikenakan zakat apabila telah mencukupi kadar nisab 5 ausuq. Kajian ini mengenalpasti persoalan-persoalan berkaitan kaedah pembayaran zakat tanaman yang melibatkan kaedah pengiraan dan saluran pembayaran zakat tanaman di negeri Selangor dan Perlis. Terdapat pelbagai kaedah dan penetapan yang digunapakai dalam membuat pembayaran zakat tanaman. Namun, kajian ini mengenalpasti amalan sebenar dalam kalangan petani menentukan kaedah pengiraan dan pemilihan saluran pembayaran zakat. Justeru itu, pelbagai data dikumpul merangkumi sumber perpustakaan, dokumentasi, temubual dan soal selidik. Setelah itu, data-data tersebut dianalisis secara terperinci dengan merujuk kepada objektif dan keperluan kajian. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa perbezaan dalam penetapan dan amalan kaedah pembayaran zakat tanaman di antara negeri Selangor dan Perlis. Walaupun kedua-dua negeri mengenakan kadar bayaran zakat tanaman sebanyak 5 peratus, namun terdapat perbezaan dalam pengiraan zakat tanaman yang melibatkan tolakan kos-kos pengeluaran tanaman dan sara hidup sebelum zakat tanaman ditentukan. Begitu juga dengan amalan pengambilkiraan subsidi harga padi di dalam pengiraan zakat tanaman. Manakala amalan saluran pembayaran zakat tanaman pula majoriti petani menyalurkan pembayaran zakat sama ada kepada amil atau institusi zakat ataupun terus kepada asnaf yang dirasakan layak menerima zakat.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012
    Uncontrolled Keywords: Zakat; Agriculture--Taxation--Selangor; Farm produce--Taxation--Selangor; Agriculture--Taxation--Perlis; Farm produce--Taxation--Perlis
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    H Social Sciences > HB Economic Theory
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Economics
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 09 Jun 2015 16:43
    Last Modified: 09 Jun 2015 16:43
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5125

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item