Yusuf, Abdullah (2015) Pelaksanaan kutipan dan agihan zakat di Badan Amil Zakat Daerah (BAZDA) Kerinci Indonesia / Yusuf Abdullah. Masters thesis, Universiti Malaya.
| PDF (Thesis M.A) Download (4023Kb) | Preview |
Abstract
Masyarakat Islam mempunyaitanggungjawab yang besarterhadap zakat kerana zakat merupakansalahsatudaripadarukun Islam.Kajian ini menghuraikan tentang pelaksanaan kutipan dan agihan zakat di Badan Amil Zakat Daerah (BAZDA) Kerinci. Penyelidikan ini dilakukan dengan tujuan menjelaskan konsep kutipan dan agihan zakat dalam Islam, menganalisis kutipan dan agihan zakat di BAZDA Kerinci, menganalisis pengurusan kutipan zakat di BAZDA Kerinci menurut pandangan pembayar zakat dan pandangan penerima zakat. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah temubual dan soal selidik. Data temubual diperolehi melalui temu bual bersama BAZDA Kerinci, manakala data soal selidik diperolehi melalui pengedaran soal selidik kepada penerima dan pembayar zakat di BAZDA Kerinci. Hasil daripada penyelidikan ini mendapati bahawa sistem pelaksanaan kutipan dan agihan zakat di BAZDA Kerinci adalah bagus. Ini dapat dibuktikan dengan meningkatnya jumlah kutipan zakat dari setahun kesetahun. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pandangan pembayar dan penerima zakat terhadap pengurusan kutipan dan agihan zakat di BAZDA Kerinci adalah memuaskan.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.A.) - Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2015. |
Uncontrolled Keywords: | Islamic community; Zakat (charity); Pillars of Islam; Badan Amil Zakat Daerah (BAZDA); Indonesia |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education |
Divisions: | Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Economics |
Depositing User: | Mrs Nur Aqilah Paing |
Date Deposited: | 10 Jun 2015 10:11 |
Last Modified: | 07 Oct 2021 08:25 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5128 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |