Saad, Mohd Yazid (2012) Aplikasi ilmu perbandingan agama dalam pendekatan dakwah non-Muslim : kajian terhadap program Islamic Outreach ABIM / Mohd Yazid bin Saad. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Kajian ini membincangkan Aplikasi Ilmu Perbandingan Agama Dalam Pendekatan Dakwah Non-Muslim dengan memfokuskan kepada pelaksanaan program-program dakwah yang dilaksanakan oleh Islamic Outreach ABIM yang beroperasi di Ampang Hilir 2, Kuala Lumpur. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana pengaplikasian Ilmu Perbandingan Agama dalam pendekatan dakwah non-Muslim di Islamic Outreach ABIM. Untuk mencapai tujuan tersebut kajian ini menggunakan metode penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Kaedah kuantitatif digunakan untuk mengumpulkan data-data melalui intrumen soal-selidik. Metode kualitatif pula memfokuskan temubual yang bertujuan melihat fakta-fakta yang membuktikan bahawa Islamic Outreach ABIM telah mengaplikasikan Ilmu Perbandingan Agama dalam pendekatan dakwah non-Muslim. Hasil kajian mendapati antara program yang dilaksanakan oleh Islamic Outreach ABIM dalam menarik minat masyarakat non-Muslim memahami Islam ialah Program Pengajian Islam, Program Pemandu Pelancong Masjid Negara, Program Ziarah Hospital, Program Khidmat Orang Asli, Program Kaunseling dan Program Dialog Antara Agama. Program-program ini merupakan pendekatan dakwah terhadap non-Muslim yang mengandungi aspek-aspek Ilmu Perbandingan Agama dan terbukti mempengaruhi non-Muslim untuk memahami serta memeluk agama Islam. Tuntasnya, Islamic Outreach ABIM telah mengaplikasikan Ilmu Perbandingan Agama dalam pendekatan dakwah non-Muslim melalui program-program teras (seperti dinyatakan) dan telah dirancang sepanjang tahun untuk memastikan non-Muslim yang telah memeluk Islam tetap kekal dalam iman dan Islam.
Actions (For repository staff only : Login required)