Pemeliharaan Hadith di Internet : kajian terhadap laman web al-Durar al-saniyyah dan Islamweb / Shahril Nizam bin Zulkipli

Zulkipli, Shahril Nizam (2012) Pemeliharaan Hadith di Internet : kajian terhadap laman web al-Durar al-saniyyah dan Islamweb / Shahril Nizam bin Zulkipli. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (7Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (647Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (4Mb) | Preview

        Abstract

        Pemeliharaan hadith di internet adalah suatu usaha dalam memastikan ketulenan dan autoriti teks hadith sebagai sumber utama selepas al-Quran. Berdasarkan kewujudan laman web hadith yang begitu banyak di internet, maka penelitian terhadap aspek ketulenan dan autoriti teks matan dan sanad adalah sangat penting untuk dijalankan. Sehubungan itu, objektif kajian ini ialah menganalisis aspek pemeliharaan hadith di internet dengan memfokuskan terhadap dua laman web iaitu al-Durar al-Saniyyah dan Islamweb. Oleh yang demikian, metodologi kajian teks telah diaplikasikan dengan pemilihan sebanyak 200 teks hadith sebagai sampel kajian di dalam dua laman web tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat 199 teks hadith (99.5%) telah dinukilkan ke dalam bentuk digital secara tepat dan berautoriti sebagaimana yang terdapat di dalam kitab hadith bercetak. Manakala hanya sebuah hadith sahaja yang telah diklasifikasikan sebagai tidak berautoriti atau dikenali sebagai hadith al-Musahhaf. Justeru, kajian mendapati bahawa al-Durar al-Saniyyah dan Islamweb boleh dikategorikan sebagai laman web hadith berautoriti yang telah memelihara teks-teks hadith berautoriti walaupun hasil analisis telah menemui sebuah hadith yang kurang berautoriti.

        Item Type: Thesis (Masters)
        Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012
        Uncontrolled Keywords: Hadith--Evidences, authority, etc; Hadith--Hermeneutics; Internet--Religious aspects--Islam; World Wide Web
        Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
        Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
        Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
        Date Deposited: 10 Jun 2015 10:39
        Last Modified: 10 Jun 2015 10:39
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5135

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item