Kajian pelaksanaan kad kredit syariah di Bank Danamon Syariah, Indonesia / Asep Dadan Suganda

Suganda, Asep Dadan (2010) Kajian pelaksanaan kad kredit syariah di Bank Danamon Syariah, Indonesia / Asep Dadan Suganda. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (3452Kb) | Preview

    Abstract

    Kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi serta tamadun masyarakat Indonesia memberi impak pada perkembangan produk perbankan syariah di Indonesia. Apatah lagi majoriti masyarakat Indonesia adalah beragama Islam, sehingga tidak dapat dinafikan lagi kesempatan pasaran perbankan syariah di Indonesia sangatlah luas. Melihat hal ini, dengan berasaskan fatwa Dewan Syariah Nasional Majelis Ulama Indonesia No 54/DSN-MUI/X/2006, dan Surat Edaran Bank Indonesia no 9/IB3/DPbS/2007, maka Bank Danamon Syariah Indonesia memanfaatkan kesempatan pasaran untuk menerbitkan produk kad kredit syariahnya yang diberi nama Dirham Card. Kajian ini bertujuan untuk meneliti pelaksanaan kad kredit syariah di Bank Danamon Syariah Indonesia. Kajian ini dimulakan dengan menjelaskan pengertian kad plastik dan jenisnya, hinggalah kepada pengertian, konsep dan fungsi kad kredit, sama ada kad kredit konvensional mahupun kad kredit syariah. Seterusnya, penulis menghuraikan pelaksanaan Dirham Card, prinsip syariah yang digunapakai, dan aplikasinya dalam Dirham Card. Dalam penyelidikan ini, penyelidik menggunakan kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian perpustakaan dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang berasal dari buku-buku, risalah-risalah, kertas-kertas kerja, jurnal-jurnal, akhbar dan data-data yang berkaitan dengan rujukan dan tajuk kajian, manakala kajian lapangan iaitu dengan melakukan, temubual dan kunjungan kepada institusi yang dijadikan tempat kajian. Dalam proses analisis data, penulis menggunakan dua metode analisis iaitu metode induktif dan deduktif. Kajian ini mendapati bahawa Dirham Card dilaksanakan sesuai dengan prinsip-prinsip syariah. Dengan menggunakan tiga jenis skim perjanjian yang menjadi asas syariahnya yang terdiri dari: skim Ijarah (sewa atas perkhidmatan sistem pembayaran dan pelayanan), skim KafÉlah (penjaminan atas transaksi dengan merchant) dan skim QarÌ al-hasan (pinjaman dana atas kemudahan pengambilan wang tunai) Dirham Card mampu bersaing dengan institusi kewangan syariah lainnya. Walaupun dalam pelaksanaannya masih terdapat beberapa permasalahan, namun permasalahan ini tidak memberikan kesan yang tampak terhadap prestasi Dirham Card. Hingga tahun 2008, sudah ada dua puluh ribu lebih pengguna kad kredit syariah. Ertinya, perkembangan Dirham Card ini berkembang 212 peratus dari jumlah pengguna dibanding tahun sebelum. Melihat kepada perkembangan kad kredit syariah di Indonesia pada saat ini, prospek dan pengembangannya di masa hadapan tidak dapat diragukan lagi, kad kredit syariah akan tumbuh dan berkembang dengan subur di dalam perbankan syariah Indonesia.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
    Uncontrolled Keywords: Credit cards--Indonesia; Credit cards--Religious aspects--Islam; Banks and banking--Indonesia
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    H Social Sciences > HG Finance
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Economics
    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
    Date Deposited: 10 Jun 2015 10:56
    Last Modified: 10 Jun 2015 10:56
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5141

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item