Pengurusan aktiviti dakwah di Masjid Daerah Kerian, Perak : kajian tentang persepsi dan masalah / Mohammad Sabran Harun

Harun, Mohammad Sabran (2013) Pengurusan aktiviti dakwah di Masjid Daerah Kerian, Perak : kajian tentang persepsi dan masalah / Mohammad Sabran Harun. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (7Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (9Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (130Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (907Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (19Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (7Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (18Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (130Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF (Full Text)
                  Download (5Kb) | Preview

                    Abstract

                    Kajian ini membincangkan kajian bertajuk Pengurusan Aktiviti Dakwah di Masjid Daerah Kerian, Perak: Kajian Tentang Persepsi dan Masalah. Masjid bukan sahaja merupakan tempat suci bagi umat Islam melakukan ibadah kepada Allah S.W.T. tetapi merupakan tempat penyatuan umat Islam dalam pelbagai bidang kehidupan. Objektif kajian ini ialah meneliti aktiviti-aktiviti dakwah yang dilaksanakan terhadap masyarakat setempat, mengkaji persepsi masyarakat terhadap pengurusan aktiviti dakwah yang dilaksanakan dan mengenal pasti masalah pengurusan aktiviti dakwah di masjid Daerah Kerian, Perak yang dihadapi oleh pihak pengurusan masjid. Kajian ini menggunakan metode atau kaedah kajian perpustakaan sebagai teori dalam kajian dan juga kajian lapangan iaitu soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Hasil kajian memperlihatkan bahawa persepsi masyarakat terhadap pengurusan aktiviti dakwah di masjid Daerah Kerian, Perak antaranya ialah masjid berfungsi sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan pusat kebudayaan masyarakat Islam. Pengurusan aktiviti dakwah di masjid Daerah Kerian, Perak juga berhadapan dengan masalah dalam pelaksanaannya antaranya ialah kekurangan sumber kewangan adalah penyebab utama aktiviti dakwah tergendala dan tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Masalah pengurusan aktiviti dakwah yang dihadapi menyebabkan aktiviti dakwah di masjid Daerah Kerian, Perak tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Ia perlu ditangani oleh semua pihak untuk memastikan masjid kekal makmur dan aktiviti dakwah berterusan selama-lamanya.

                    Item Type: Thesis (Masters)
                    Additional Information: M.Usuluddin -- Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
                    Uncontrolled Keywords: Da'wah (Islam); Mosques--Social aspects--Perak; Mosques as community centers
                    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Dakwah & Human Development
                    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                    Date Deposited: 10 Jun 2015 16:38
                    Last Modified: 10 Jun 2015 16:38
                    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5143

                    Actions (For repository staff only : Login required)

                    View Item