Analisis beberapa istilah falsafah menurut Jabir Ibn Hayyan berdasarkan Kitab Al-Hudud / Atifah binti Ahmad Yusoff

Ahmad Yusoff, Atifah (2014) Analisis beberapa istilah falsafah menurut Jabir Ibn Hayyan berdasarkan Kitab Al-Hudud / Atifah binti Ahmad Yusoff. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (100Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (1446Kb) | Preview

      Abstract

      Kajian ini bertajuk “Analisis Beberapa Istilah Falsafah Menurut Jābir Ibn Ḥayyān Berdasarkan Kitab Al-Ḥudūd.” Kajian ini bertujuan untuk menganalisis empat istilah tabii menurut Jābir ibn Ḥayyān iaitu panas (al-ḥarārah), sejuk (al-burūdah), lembap (alruṭūbah), dan kering (al-yabūsah) dan membandingkan dengan al-Kindī dan Ibn Sīnā. Kajian ini juga bertujuan untuk menterjemahkan Kitab al-Ḥudūd karya Jābir ibn Ḥayyān ke dalam Bahasa Melayu. Terdapat dua bentuk analisis yang dilakukan iaitu kuantitatif dan kualitatif. Bagi analisis kuantitatif, penulis membuat perbandingan berdasarkan jumlah istilah dan jumlah persamaan istilah antara tokoh yang dikaji. Penulis juga membuat pengelasan istilah kepada beberapa kategori seperti metafizik, logik, bahasa, tabii, epistemologi, psikologi, agama, falsafah, matematik, perubatan dan etika. Bagi analisis kualitatif pula, penulis membuat perbandingan terhadap konsep istilah terpilih itu berdasarkan tiga perkara iaitu perbandingan subjek, proses, dan objek yang terlibat. Penulis turut mengemukakan konsep istilah menurut Jābir serta perkembangan istilah tersebut sehingga zaman ini. Penulis juga membawakan terjemahan teks penuh kitab al-Ḥudūd Jābir ibn Ḥayyān. Hasil kajian ini mendapati istilah Jābir, al-Kindī, dan Ibn Sīnā banyak tertumpu pada aspek tabii berbanding aspek yang lain. Kajian juga mendapati definisi Jābir telah menjadi asas kepada perkembangan definisi seterusnya seperti istilah ḥarārah dan burūdah. Terdapat juga definisi Jābir yang berbeza dengan tokoh sebelum dan selepasnya, seperti istilah ruṭūbah dan yabūsah. Kajian secara keseluruhan menunjukkan bahawa pendefinisian oleh Jābir menepati kefahaman semasa berdasarkan analisis terhadap istilah moden.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Disertasi (M.Usuluddin) -- Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014
      Uncontrolled Keywords: Analisis; Istilah falsafah; Jabir Ibn Hayyan; Kitab Al-Hudud
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Aqidah & Islamic Thought
      Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
      Date Deposited: 30 Jul 2015 10:45
      Last Modified: 30 Jul 2015 10:45
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5161

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item