Kepuasan pelajar terhadap kualiti perkhidmatan perbankan Islam di Malaysia / Muhamad Faisal Bahari

Bahari, Muhamad Faisal (2014) Kepuasan pelajar terhadap kualiti perkhidmatan perbankan Islam di Malaysia / Muhamad Faisal Bahari. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (1351Kb) | Preview

    Abstract

    Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kepuasan pelajar terhadap kualiti perkhidmatan perbankan Islam di Malaysia. Responden kajian ini adalah para pelajar Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah. Soal selidik telah diedarkan kepada 306 orang responden. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan software SPSS versi 17. Data diuji dengan menggunakan statistik deskriptif, analisis korelasi dan analisis regresi bagi menjawab persoalan kajian dan mencapai objektif kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan pelajar bersetuju bahawa perkhidmatan perbankan Islam di Malaysia adalah baik dan berpuas hati dengan hubungan personal kakitangan perbankan Islam di Malaysia. Melalui ujian korelasi pula, hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan positif secara signifikan antara tahap kepuasan pelajar dengan dimensi jaminan, kebolehpercayaan, ketara, empati dan tindak balas. Melalui ujian regresi pula, keputusan analisis data menunjukkan bahawa dimensi ketara merupakan pembolehubah utama bagi kepuasan pelajar terhadap kualiti perkhidmatan perbankan Islam di Malaysia. Oleh itu, perbankan Islam harus memastikan keadaan fizikal dan suasana persekitaran bank adalah dalam keadaan yang baik serta kemudahan mesin ATM dan deposit tunai disediakan dalam jumlah yang mencukupi.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: M.Syariah -- Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014
    Uncontrolled Keywords: Banks and banking--Religious aspects--Islam; Banks and banking--Malaysia; College students--Malaysia--Surveys
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    H Social Sciences > HG Finance
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Management
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 10 Jun 2015 18:05
    Last Modified: 10 Jun 2015 18:05
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5163

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item