Al-Hawa dalam penyelewengan akidah : kajian di Kelantan / Nailah binti Ismail

Ismail, Nailah (2011) Al-Hawa dalam penyelewengan akidah : kajian di Kelantan / Nailah binti Ismail. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (54Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (233Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF (Full Text)
      Download (1737Kb) | Preview

        Abstract

        Fitrah manusia dijadikan punya al-Hawa yang berperanan dalam mendorong manusia berkeinginan. Manusia berkeinginan untuk makan, minum, tidur, berpasangan dan sebagainya. Al-Hawa walaubagaimanapun berkecenderungan mendorong manusia ke arah kejahatan dengan menkesampingkan wahyu. Jika makan, al-Hawa ingin makan makanan yang lazat, mahal dan mewah sama ada daripada sumber yang halal atau tidak. Jika tidur, al-Hawa ingin tidur di kamar mewah beralaskan tilam empuk tanpa sebarang gangguan mengabaikan kefarduan solat. Jika berpasangan al-Hawa memilih pasangan yang cantik, berharta tanpa mengira akhlak dan agamanya. Al-Hawa suka mengikut cara sendiri dan menolak bimbingan wahyu. Manusia yang mengikut al-Hawa sentiasa melakukan kejahatan dan dosa sehingga sanggup menggadaikan akidahnya kerana mempertahankan al-Hawa. Kajian ini bertujuan untuk menyingkap konsep al-Hawa dalam perspektif Islam, mengkaji peranan yang dimainkan al-Hawa dalam mempengaruhi akidah dalam konteks sejarah Islam dan elemen-elemen al-Hawa yang terkandung dalam ajaran yang menyeleweng di Kelantan. Kajian ini berbentuk kajian perpustakaan yang mengumpulkan data-data konsep al-Hawa dalam perbicaraan Allah s.w.t sendiri, Nabi s.a.w dan yang dinukilkan oleh para ulamak di samping maklumat-maklumat yang berkaitan. Maklumat-maklumat ajaran yang menyeleweng di Kelantan diperolehi daripada JAHEAIK yang terlibat secara langsung dalam membanteras penyelewengan akidah di negeri ini. Kajian ini mendapati bahawa pengaruh al-Hawa terhadap penyelewengan akidah sangat efektif. Hasil analisis telah dapat mengenalpasti beberapa elemen al-Hawa yang terkandung dalam ajaran yang menyeleweng antaranya ialah mengaku dirinya menjadi tuhan berdasarkan keinginan al-Hawa untuk menjadi ketua, disanjung, dipuja dan diikuti, menolak kepercayaan terhadap malaikat, azab kubur dan Rasulullah s.a.w agar al-Hawanya bebas melakukan apa sahaja keinginan tanpa rasa takut dicatat malaikat atau menerima azab kubur atau perlu mengikut perintah dan larangan Rasulullah s.a.w. Al-Hawa suka bebas, tidak suka dikongkong, tidak suka diarah tetapi suka mengarah, suka berehat-rehat dan bermalas-malas, sukakan kemewahan, keseronokan bersama wanita dan suka melawan apa sahaja suruhan wahyu dan melakukan larangan wahyu.

        Item Type: Thesis (Masters)
        Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011
        Uncontrolled Keywords: Islamic heresies--Kelantan; Faith (Islam)
        Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
        Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Aqidah & Islamic Thought
        Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
        Date Deposited: 11 Jun 2015 12:03
        Last Modified: 11 Jun 2015 12:03
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5165

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item