Peranan pendakwah dalam pembangunan ekonomi masyarakat Medan Indonesia / Khoirul Fadli

Fadli, Khoirul (2010) Peranan pendakwah dalam pembangunan ekonomi masyarakat Medan Indonesia / Khoirul Fadli. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (1064Kb) | Preview

    Abstract

    Pembangunan ekonomi adalah merupakan tuntutan penting dalam membangunkan sesebuah negeri lebih-lebih lagi dalam proses pembangunan negara, di mana pembangunan ekonomi dianggap sebagai nadi yang berkuasa menaik dan menjatuhkan sesebuah Negara. Pembangunan ekonomi dapat membantu Negara mencapai matlamat pembangunan dan kemajuan yang lebih bermakna Kajian ini bertujuan untuk melihat peranan yang dilakukan oleh para pendakwah dalam pembangunan ekonomi. Ini kerana golongan pendakwah merupakan pemimpin umat, secara tidak langsung mereka merupakan teladan masyarakat Islam. Oleh itu, pendakwah perlu mencebur diri dalam aktiviti ekonomi bagi membantu mempertingkatkan ekonomi umat Islam. Pendakwah juga mesti menyedarkan umat Islam akan pentingnya pembangunan ekonomi untuk kemajuan umat Islam di masa hadapan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan metode deskriftif, iaitu dengan mengumpulkan data tentang aktiviti ekonomi pendakwah. Data-data tersebut dikumpulkan melalui teknik dokumentasi, observasi dan temu bual. Hasil kajian mendapati bahawa peranan pendakwah dalam aktiviti ekonomi telah mampu menjadi role model dalam aktiviti bisnes, membantu pertumbuhan ekonomi masyarakat dan juga mampu membantu masyarakat dalam menjana pendapatan. Walaupun terdapat beberapa kelemahan, seperti kekurangan modal, pengalaman dan sokongan, akan tetapi peranan ini dilihat cukup penting bagi meningkatkan pembangunan ekonomi masyarakat Medan Indonesia.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Islam Stud.) -- Program Pengajian Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011
    Uncontrolled Keywords: Da'wah (Islam); Economic development--Indonesia
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
    Date Deposited: 15 Jun 2015 17:25
    Last Modified: 15 Jun 2015 17:25
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5168

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item