Kedudukan dan perlindungan hak anak buangan (al-Laqit) menurut undang-undang Islam dan masyarakat di Malaysia / Mohd Alimin bin Alias

Alias, Mohd Alimin (2011) Kedudukan dan perlindungan hak anak buangan (al-Laqit) menurut undang-undang Islam dan masyarakat di Malaysia / Mohd Alimin bin Alias. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (1380Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini membincangkan perkara yang berkaitan dengan masalah gejala sosial yang berlaku di Malaysia. Kajian ini menfokuskan kepada masalah anak buangan (Al-Laqit ) yang wujud dari segi kedudukan dan perlindungan menurut undang-undang dan masyarakat. Al-Laqit ialah anak yang ditemui terbuang dijalan dan tidak diketahui keturunan mereka. Di Malaysia, kewujudan Al-Laqit masih sedikit, namun begitu, hasil daripada masalah pembuangan anak yang semakin menjadi-jadi dewasa ini akan menyebabkan bertambahnya Al-Laqit ini. Dalam menghasilkan kajian ini, penulis menggunakan dua kaedah untuk memperolehi maklumat iaitu kaedah temubual dan kaedah pemerhatian. Penulis merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ) dan Rumah Kebajikan Kanak-Kanak (RKK) sebagai tempat perlindungan kanak-kanak. Disertasi ini dibuat untuk mengkaji kewujudan Al-Laqit meliputi kedudukan status dan perlindungan mereka menurut undang-undang di Malaysia. Kajian ini mendapati bahawa kanak-kanak ini berada di bawah perlindungan mahkamah dan kanak-kanak yang tidak dituntut oleh keluarga akan dipelihara di Rumah Kebajikan Kanak-Kanak ( RKK ) sehingga berumur 18 tahun. Selain itu juga, penulis membuat analisa tentang fenomena pembuangan anak yang merupakan punca utama masalah Al-Laqit di Malaysia .

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011
    Uncontrolled Keywords: Illegitimate children--Legal status, laws, etc.--Malaysia; Illegitimacy (Islamic law)--Malaysia
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Law
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 15 Jun 2015 18:03
    Last Modified: 15 Jun 2015 18:03
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5174

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item