Harun Yahya dan kritikannya terhadap teori evolusi Darwinisme / Abdul Halim bin Ibrahim

Ibrahim, Abdul Halim (2013) Harun Yahya dan kritikannya terhadap teori evolusi Darwinisme / Abdul Halim bin Ibrahim. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (2650Kb) | Preview

    Abstract

    Harun Yahya merupakan tokoh Muslim yang terkehadapan dalam kalangan umat Islam mutakhir ini dalam mengkritik teori evolusi Darwinisme; teori yang dicetuskan oleh Charles Darwin pada tahun 1859. Antara sebab Harun Yahya—atau nama sebenarnya Adnan Oktar—mengkritik teori tersebut ialah prinsipnya yang berasaskan faham Materialisme dan mekanismenya menggunakan pilihan alamiah (natural selection), dan mutasi rawak yang beroperasi secara semula jadi dan kebetulan. Secara tidak langsung, teori ini menolak Allah sebagai Pencipta, Penguasa dan Pentadbir alam ini. Harun Yahya mengkritik teori tersebut dari perspektif sains, agama dan falsafah; berbeza dengan sarjana-sarjana Islam lain yang kebanyakannya mengkritik dalam ruang lingkup agama dan falsafah sahaja. Kajian ini dibuat bagi melihat kualiti, kekuatan dan ketepatan kritikan-kritikan Harun Yahya terhadap teori evolusi Darwinisme. Kritikan-kritikannya itu diteliti berasaskan asas-asas penilaian berikut iaitu; (i) dengan melihat asas kritikannya itu dan bukti atau fakta yang menyokong kritikannya itu sama ada dalam bentuk contoh hidupan, penyelidikan, mahupun petikan kenyataan oleh kalangan ahli dalam bidang kritikan tersebut, (ii) melalui perbandingan kritikan Harun Yahya dengan kritikan oleh sarjana-sarjana Barat dan Islam lain, dan (iii) ialah dengan menggunapakai tafsir-tafsir al-Quran muktabar dalam melihat kekuatan dan ketepatan kritikan Harun Yahya terhadap tafsiran ayat-ayat al-Quran versi Darwinisme. Kajian mendapati kritikan-kritikan Harun Yahya terhadap teori evolusi Darwinisme mempunyai asas dan kekuatan bersandarkan sokongan daripada kritikan sarjana-sarjana Barat dan Islam yang lain, hasil penyelidikan dan kajian saintifik berwibawa, dan fakta-fakta sains dan falsafah serta dalil-dalil naql. Dari segi keaslian, khususnya kritikan sains, kritikan-kritikannya dilihat menyerupai kritikan sarjana Barat dan Islam yang lain. Namun, apa yang membezakan kritikannya daripada kritikan-kritikan sarjana lain ialah beliau telah menggabungjalinkan kritikan dari perspektif falsafah, sains dan Islam sekaligus menyerlahkan kepincangan teori itu daripada perspektif-perspektif terbabit. Kritikannya terhadap tafsir ayat-ayat al-Quran versi Darwinisme adalah sesuai, berasas dan kukuh kerana beliau menggunakan tafsir dan ulasan oleh Imam al-Ṭabari dan Omer Nasuhi Bilmen dan sebagai asas kritikan dan kedua-duanya merupakan tokoh tafsir al-Quran yang diakui kewibawaan mereka. Kritikannya juga telah menunjukkan berlaku pemesongan makna ayat-ayat yang terlibat.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: M.Islam Studies -- Program Pengajian Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
    Uncontrolled Keywords: Evolution--Religious aspects
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
    Date Deposited: 15 Jun 2015 18:29
    Last Modified: 15 Jun 2015 18:29
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5186

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item