Kebebasan beragama dalam undang-undang Islam dan undang-undang sivil di Malaysia : implikasi kepada kebajikan kanak-kanak / Mohd Taufik bin Mohd Tasrip

Mohd Tasrip, Mohd Taufik (2014) Kebebasan beragama dalam undang-undang Islam dan undang-undang sivil di Malaysia : implikasi kepada kebajikan kanak-kanak / Mohd Taufik bin Mohd Tasrip. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (33Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (270Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (898Kb) | Preview

        Abstract

        Kebajikan kanak-kanak bawah umur lapan belas tahun merupakan pertimbangan utama bagi memutuskan sesuatu kes kekeluargaan di mahkamah. Kajian ini membincangkan persoalan-persoalan yang timbul berkaitan implikasi terhadap beberapa aspek kebajikan kanak-kanak bawah umur akibat pertukaran agama salah seorang ibu bapa yang bukan beragama Islam kepada Islam, contohnya aspek jagaan dan penjagaan, penentuan agama, nafkah dan aspek-aspek lain. Kajian ini merujuk kepada beberapa peruntukan perundangan yang berkaitan seperti Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan hak kebebasan beragama seseorang dan Perkara 12 (4) untuk mengupas persoalan penentuan agama anak oleh ibu bapa atau penjaga. Seksyen 51 (1) Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 juga dirujuk bagi meneliti status perkahwinan pasangan ibu bapa yang mana salah seorang daripada mereka menukar agamanya kepada agama Islam dan pasangannya yang satu lagi enggan menukar agamanya. Kajian kes-kes yang relevan juga dirujuk dan dianalisis bagi menyokong prinsip-prinsip perundangan yang digunakan dalam kajian ini. Untuk itu, kajian kepustakaan merupakan metod utama yang digunakan dengan menggunakan Metod Pengumpulan Data dan Metod Analisis Data bagi memperolehi satu analisis yang mantap. Hasil kajian mendapati mahkamah menitikberatkan persoalan kebajikan kanak-kanak apabila membuat keputusan kes yang berkaitan dengan mereka. Bagaimanapun, kehendak dan kemahuan kanak-kanak yang telah berumur belasan tahun jarang dipertimbangkan apabila keputusan yang berkait dengan diri mereka diberi. Contohnya, dalam perkara untuk menentukan agama anutan mereka di mana kanak-kanak yang berumur belasan tahun patut diberi pilihan untuk menentukan agama mereka sendiri atau pilihan penjaga mereka sendiri, dalam hal pertikaian hak jagaan. Ini adalah kerana walaupun belum mencapai umur lapan belas tahun, pada umur belasan tahun itu, kanak-kanak tersebut sudah waras dan boleh membuat pertimbangan sendiri, apatah lagi pada zaman kini. Ini adalah selaras dengan prinsip kepentingan kebajikan kanak-kanak yang di putuskan dalam kebanyakan kes kekeluargaan di Malaysia. Kata kunci: Pertukaran Agama, Kanak-kanak, Ibu bapa dan Kebajikan Kanak-kanak

        Item Type: Thesis (Masters)
        Additional Information: Disertasi (M.A.) -- Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014
        Uncontrolled Keywords: Kebebasan beragama; Undang-undang Islam; Undang-undang sivil; Malaysia; Kebajikan kanak-kanak
        Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
        Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Law
        Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
        Date Deposited: 29 Jul 2015 17:37
        Last Modified: 29 Jul 2015 17:37
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5191

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item