Pengurusan dakwah terhadap saudara baru : kajian di Pejabat Agama Islam Daerah Klang Selangor Darul Ehsan / Mohammad Shukri Draman

Draman, Mohammad Shukri (2010) Pengurusan dakwah terhadap saudara baru : kajian di Pejabat Agama Islam Daerah Klang Selangor Darul Ehsan / Mohammad Shukri Draman. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (968Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian bertajuk Pengurusan Dakwah Terhadap Saudara Baru : Kajian Di Pejabat Agama Islam Daerah Klang Selangor Darul Ehsan ini memfokuskan kepada hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan dakwah terhadap saudara baru di Pejabat Agama Islam Daerah Klang Selangor Darul Ehsan. Ia bertujuan antara lain untuk mengetahui aktiviti pentadbiran dan pengurusan yang dilaksanakan terhadap saudara baru oleh unit yang bertanggungjawab yang mencakupi hal-hal pendidikan, kebajikan dan lain-lain. Di samping itu kajian juga bertujuan untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh sama ada di pihak unit yang menguruskan atau di pihak saudara baru itu sendiri atau sesiapa juga yang mungkin turut terlibat dalam memberikan sumbangan kepada kebajikan saudara baru. Umumnya kajian ini mengunapakai metode kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Sebanyak 5 set soal selidik telah diedarkan kepada semua staf yang semuanya 5 orang yang bertugas di unit yang menguruskan hal-hal berkaitan saudara baru di Pejabat Agma Islam Daerah Klang dan sebanyak 92 set soal selidik telah diedarkan kepada saudara baru yang masih berada di bawah seliaan pejabat agama berkenaan. Di samping soal selidik turut dilakukan beberapa siri temubual dengan pelbagai pihak yang ada perkaitannya dengan saudara baru. Observasi pula dilakukan ketika pelaksanaan program pendidikan dan pengagihan bantuan kepada saudara baru. Hasil kajian mendapati pengurusan dakwah terhadap saudara baru mencakupi pelbagai aspek seperti pengurusan terhadap aspek pendidikan ilmu fardu ain yang melibatkan peringkat asas, pertengahan dan lanjutan, aspek bantuan kewangan yang melibatkan bantuan sara diri, pendidikan, sewaan, perniagaan, perkahwinan, pembayaran bil-bil dan sebagainya. Golongan saudara baru umumnya berpuashati dengan pelbagai bantuan yang diberikan sama ada oleh pihak yang bertanggungjawab terhadap mereka secara langsung atau oleh sesiapa juga yang perihatin terhadap ehwal mereka yang sebahagian besarnya menghadapi masalah kefahaman terhadap tuntutan agama yang dianuti. Boleh dikatakan bahawa atas dasar kewajipan dan ehsan pelbagai pihak, kebajikan golongan saudara baru dalam pelbagai aspek di negara ini telah cuba dipenuhi walaupun terdapat kekurangan yang perlu diperkemaskan dari semasa ke semasa.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
    Uncontrolled Keywords: Da'wah (Islam)--Selangor; Islam--Missions--Selangor; Muslim converts--Selangor
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Dakwah & Human Development
    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
    Date Deposited: 11 Jun 2015 12:41
    Last Modified: 11 Jun 2015 12:41
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5193

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item