Abdul Shaer, Zuraini (2011) Metodologi tafsir ayat hukum oleh al-Shirbini dalam kitab al-Siraj al-munir : kajian terhadap Surah al-Nur / Zuraini binti Abdul Shaer. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Al-Siraj al-Munir ialah sebuah kitab tafsir yang ditulis oleh al-Khatib al-Shirbini iaitu seorang ilmuan yang hidup pada awal abad ke 16 Masihi. Beliau adalah pengikut mazhab al-Shafi‘i dan mahir dalam bidang ilmu tafsir, ilmu kalam, ilmu nahu dan ilmu sorof. Kajian ini memfokuskan metodologi al-Khatib dalam mentafsirkan ayat-ayat hukum dalam surah al-Nur yang menggunakan kajian perpustakaan sebagai metode kajian. Ia mengandungi lima bab iaitu dimulakan dengan bab satu yang membincangkan tentang metodologi tafsir fuqaha’ dan sejarah perkembangannya serta penulisan-penulisan yang wujud. Manakala bab yang kedua mengemukakan biodata al-Khatib al-Syirbini dan pengenalan kepada kitab al-Siraj al-Munir. Bab yang ketiga pula membincangkan tentang ayat-ayat hukum yang terkandung dalam surah al-Nur dan bab yang keempat berkenaan dengan metodologi tafsir ayat-ayat hukum dalam surah al-Nur oleh al-Khatib al-Shirbini. Sementara bab kelima ialah penutup. Justeru, kajian ini mendapati bahawa al-Khatib al-Shirbini banyak mendatangkan pendapat-pendapat dalam mazhab al-Shafi’i, walau bagaimanapun tidak kelihatan sifat taksubnya. Bahkan beliau juga membawa pendapat dari mazhab lain ketika membincangkan permasalahan fiqh.
Actions (For repository staff only : Login required)