Dato' Syeikh Abdul Halim Othman (1910-1997M) : sejarah dan sumbangan di negeri Kedah Darul Aman / Ku Muhamad Asmadi bin Ku Mohd Saad

Ku Mohd Saad, Ku Muhamad Asmadi (2012) Dato' Syeikh Abdul Halim Othman (1910-1997M) : sejarah dan sumbangan di negeri Kedah Darul Aman / Ku Muhamad Asmadi bin Ku Mohd Saad. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (87Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (106Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (112Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (172Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (203Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (379Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (1471Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (1209Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (2401Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (229Kb) | Preview
                      [img]
                      Preview
                      PDF
                      Download (3276Kb) | Preview

                        Abstract

                        Dato Syeikh Abdul Halim Othman (1910-1997M): Sejarah Dan Sumbangannya Di negeri Kedah. Disertasi Sarjana Usuluddin, Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur, Sesi 2008/2009. Disertasi ini merupakan sebuah penulisan biografi seorang tokoh ulama terkenal di Negeri Kedah Darul Aman dalam era pasca merdeka. Anak kelahiran Kg Pisang Kubang Pasu, Kedah ini dilahirkan pada tahun 1910 dan telah pulang ke rahmatullah pada tahun 1997. Beliau adalah merupakan salah seorang bekas Syeikhul Islam Kerajaan negeri Kedah dan setaraf jawatan mufti ketika ini. Dalam usaha mencari dan mengumpul data-data yang berkaitan dengan disertasi ini, penulis telah menggunakan metod dokumentasi, temubual, dan observasi. Metod dokumentasi digunakan untuk mencari, mengumpul dan menilai keabsahan dokumen yang berkaitan dengan subjek kajian penulis. Antara dokumen yang berkaitan ialah buku-buku dan artikel mengenai Dato’ Syeikh Abdul Halim bin Haji Othman. Metod temubual dan observasi digabungkan bersama dengan bermula dari informen pangkal yang menjadi sumber utama untuk mendapatkan data dan maklumat yang berkaitan. Dalam menganalisa data yang terkumpul, penulis menggunakan metod deduktif, induktif dan komparatif. Kajian ini juga adalah untuk cuba mengenalpasti jawapan kepada beberapa perumusan masalah diantaranya ialah, apakah sejarah beliau, bagaimanakah beliau memberikan sumbangan dan apakah yang telah diberikan oleh Dato’ Syeikh Abdul Halim bin Haji Othman kepada perkembangan Islam di negeri Kedah sama ada dalam bidang pendidikan Islam atau persuratan Islam dan juga pentadbiran Islam. Dalam bidang penulisan pula, apakah tajuk-tajuk tulisan beliau sama ada dalam bentuk buku bacaan dan juga artikel serta sejauh manakah sumbangan penulisan beliau dalam bidang tersebut dapat mempengaruhi kehidupan masyarakat sekelilingnya pada ketika itu. Hasil daripada kajian ini juga, penulis telah dapat menyatakan bahawa Dato’ Syeikh Abdul Halim bin Haji Othman adalah individu yang boleh dikatakan sebagai salah seorang tokoh ulama di negeri Kedah yang telah banyak memberi sumbangan kepada perkembangan Islam di negeri Kedah. Sumbangannya meliputi bahkan melangkaui pendidikan Islam, penulisan, pentadbiran Islam dan juga dakwah Islamiah. Hasil daripada perjuangannya yang panjang itu beliau telah berjaya melahirkan angkatan ulama di negeri Kedah dalam era 70an, 80an, 90an dan hingga sekarang ini masih wujud anak murid beliau dalam organisasi kerajaan negeri Kedah Darul Aman dan juga dalam kerajaan Malaysia yang masih menabur jasa bakti kepada agama Islam demi tanah air tercinta.

                        Item Type: Thesis (Masters)
                        Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012
                        Uncontrolled Keywords: Abdul Halim Othman, Syeikh; Islam--Kedah
                        Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                        D History General and Old World > DS Asia
                        Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Islamic History & Civilization
                        Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                        Date Deposited: 16 Jun 2015 10:08
                        Last Modified: 16 Jun 2015 10:08
                        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5200

                        Actions (For repository staff only : Login required)

                        View Item