Hubungan antara kepimpinan Islam dan komitmen kerja pensyarah : kajian di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah / Noor Hidayah binti Zainudin

Zainudin, Noor Hidayah (2014) Hubungan antara kepimpinan Islam dan komitmen kerja pensyarah : kajian di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah / Noor Hidayah binti Zainudin. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (1833Kb) | Preview

    Abstract

    Kepimpinan pensyarah dilihat mempunyai pengaruh terhadap kecemerlangan dan kegagalan akademik serta sahsiah mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi. Atas dasar itu, para pensyarah perlu menampilkan kepimpinan yang baik agar dapat diterapkan dalam komitmen kerja mereka khususnya dalam aspek pengajaran. Keperluan ini dilihat lebih mustahak bagi Institusi Pengajian Tinggi Islam seperti Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS). Justeru, kajian ini antara lain bertujuan untuk mengukur hubungan antara amalan kepimpinan Islam dan komitmen kerja pensyarah KUISAS dan mengukur pengaruh antara keduanya. Instrumen soal selidik diedarkan kepada 110 orang responden. Dapatan analisis menunjukkan bahawa majoriti pensyarah di KUISAS telah mempraktikkan kepimpinan Rasulullah s.a.w. Dari aspek komitmen kerja pula, majoriti pensyarah sangat komited dalam aspek pengajaran berbanding tiga aspek yang lain iaitu penyeliaan, penyelidikan dan khidmat profesional. Dari segi hubungan antara kepimpinan Islam dan komitmen kerja pensyarah, wujud hubungan positif yang kuat antara keduanya. Hasil analisis regresi linear turut mendapati bahawa prinsip dan ciri kepimpinan Islam memberi pengaruh yang kecil terhadap komitmen kerja pensyarah. Hasil analisis membawa kepada penerimaan kedua-dua hipotesis kajian. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa para pensyarah KUISAS khususnya perlu meningkatkan penguasaan kepimpinan Islam mereka memandangkan peningkatan dalam amalan kepimpinan Islam dilihat turut mempengaruhi peningkatan komitmen kerja mereka.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Disertasi (M.A.) -– Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014
    Uncontrolled Keywords: Hubungan; Kepimpinan; Islam; Komitmen kerja; Pensyarah; Kajian; Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Management
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 30 Jul 2015 12:39
    Last Modified: 30 Jul 2015 12:39
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5206

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item