Engku Wok Zin, Engku Hassan (2010) Penggunaan al-qiyas dalam kitab Umm al-Barahin / Engku Hassan bin Engku Wok Zin. Masters thesis, University of Malaya.
Archive (ZIP) (Full Text) Download (1523Kb) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan metode al-qiyas yang terdapat di dalam kitab Umm al-Barahin, karangan Muhammad bin Yusuf al-Sanusi. Dihuraikan dalam disertasi ini ketokokan al-Sanusi sebagai seorang tokoh pemikir ilmu kalam yang berjaya menjelaskan doktrin-doktrin akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah berasaskan metode al-qiyas. al-Sanusi adalah seorang tokoh sarjana yang ulung pada abad kesembilan Hijrah. Kitab Umm al-Barahin adalah sebuah karya akidah beliau yang mengaplikasikan metode al-qiyas dalam menjelaskan isu akidah menurut pemikiran al-'Asya`irah. al-Qiyas merupakan satu kaedah untuk menghasilkan tasdiq secara tidak langsung. al-Qiyas mempunyai pelbagai bentuk, di mana al-qiyas dari jenis al-burhan mampu menghasilkan ilmu tasdiq yang bertaraf yakin. Oleh kerana kajian ini berbentuk analisis kandungan, penulis menggunakan kaedah analisis deskriptif kualitatif. Hasilnya, kajian ini mendapati al-Sanusi telah menggunakan sepenuhnya kaedah al-qiyas dalam proses pendalilan di dalam kitab Umm al-Barahin. Sebanyak 26 metode al-qiyas yang bertaraf al-burhan telah diaplikasikan oleh beliau menerusi kitab ini yang dipersembahkannya dalam bentuk yang ringkas, mudah dan menarik serta disusun dengan teliti dan saling berkaitan antara satu sama lain. Beliau juga menggunakan kesemua jenis al-qiyas dari aspek al-surah iaitu aliqtirani dan al-istithna'i.. Maka tidak hairanlan al-qiyas ini menjadi sumber aspirasi ilmuan Islam yang terkemudian dalam menghasilkan karya-karya akidah mereka. Kajian ini juga mendapati bahawa penggunaan metode al-qiyas yang bertaraf al-burhan ini, telah pun di aplikasikan oleh al-mutakallimin sebelum al-Sanusi di dalam karya-karya akidah mereka. Seterusnya kajian ini mencadangkan supaya kajian lanjut berbentuk lapangan dibuat untuk meneliti keberkesanan kaedah ini dalam menghuraikan perinsip akidah dalam bentuk yang mudah difahami oleh masyarakat.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010 |
Uncontrolled Keywords: | Sanusi, Muhammad ibn Yusuf, ca. 1427-ca. 1490--Umm al-barahin; Islam--Doctrines; Islamic law--Interpretation and construction |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Divisions: | Academy of Islamic Studies > Dept of Aqidah & Islamic Thought |
Depositing User: | Mrs Nur Aqilah Paing |
Date Deposited: | 16 Jun 2015 10:20 |
Last Modified: | 16 Jun 2015 10:20 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5207 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |