Penganjuran pertandingan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa di Malaysia : kajian sejarah dan perkembangannya / Siti Norfariza binti Mohd Tawel

Mohd Tawel, Siti Norfariza (2014) Penganjuran pertandingan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa di Malaysia : kajian sejarah dan perkembangannya / Siti Norfariza binti Mohd Tawel. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (61Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (185Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (2323Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (6Mb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF (Full Text)
          Download (165Kb) | Preview

            Abstract

            Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa adalah sebuah majlis berprestij dan tertua pernah diadakan di Malaysia. Justeru itu, kajian ini penting dalam menganalisis sejarah bermulanya pertandingan tilawah al-Quran di Malaysia khususnya dan di peringkat antarabangsa amnya. Tiga objektif utama yang ingin dicapai ialah mengkaji sejarah penganjuran Tilawah al-Quran di Malaysia, menganalisis proses penganjuran dan pelaksanaan pertandingan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTQA) di Malaysia, menganalisis cabaran-cabaran yang terhasil daripada MTQA. Kajian ini dilakukan secara lapangan dengan rujukan sumber berdasarkan pemerhatian secara langsung di Putra World Trade Centre (PWTC) pada tahun 2010 dan 2011, sumber-sumber dari JAKIM dan Arkib, serta wawancara bersama tokoh-tokoh tilawah terkemuka. Hasil kajian yang dilakukan, didapati penganjuran MTQA bermula pada tahun 1961. Namun secara keseluruhannya, penganjuran ini mula diiktiraf di peringkat global apabila Mesir dan negara-negara Islam di timur tengah mula menyertai pertandingan ini di mana pada ketika itu, Malaysia benar-benar sudah bersedia dengan tahap kualiti bacaan para peserta dari Malaysia dan Asia Tenggara yang sama hebat. Proses pelaksanaan penganjuran MTQA berkembang dari semasa ke semasa mengikut tema. Walaupun begitu, cabaran utamanya terlihat jelas pada kesuraman penganjuran MTQA setiap tahun apabila ketiadaan inovasi yang ketara setelah melangkaui setengah abad.

            Item Type: Thesis (Masters)
            Additional Information: Disertasi (M.Usuluddin) -– Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014
            Uncontrolled Keywords: Penganjuran; Pertandingan; Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa; Malaysia; Kajian; Sejarah; Perkembangan
            Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
            Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Islamic History & Civilization
            Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
            Date Deposited: 30 Jul 2015 12:59
            Last Modified: 30 Jul 2015 12:59
            URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5210

            Actions (For repository staff only : Login required)

            View Item