Integriti menurut Hadith Nabi : kajian terhadap kefahaman kakitangan pentadbiran UiTM Shah Alam / Hanafi bin Hamdani

Hamdani, Hanafi (2014) Integriti menurut Hadith Nabi : kajian terhadap kefahaman kakitangan pentadbiran UiTM Shah Alam / Hanafi bin Hamdani. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (55Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (124Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (248Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (1254Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (325Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (302Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (202Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF (Full Text)
                Download (48Kb) | Preview

                  Abstract

                  Kajian ini adalah analisis mengenai nilai teras integriti yang terdapat dalam hadith Nabi s.a.w. merujuk kepada al-Sahihayn iaitu hadith di dalam Sahih Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Kefahaman terhadap nilai teras yang menjadi dasar kepada integriti itu dibincangkan dalam bab satu disertasi ini. Nilai amanah dijadikan sebagai nilai teras integriti berdasarkan sifatnya yang dominan dan merentasi nilai-nilai agama lain. Pemilihan nilai amanah ini bukan semata-mata berdasarkan sifatnya yang universal itu bahkan nilai kesucian “Qudusnya” itu digali dari matan hadith Nabi s.a.w. menambahkan lagi mutu integriti itu bukan setakat amalan duniawi sahaja bahkan berpanjangan hingga ke ukhrawi ini diterangkan di dalam bab dua. Seterusnya kajian ini mengupas kefahaman dan amalan kakitangan pentadbiran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam terhadap integriti dan nilai amanah sebagai nilai teras integriti yang didasari oleh sifat-sifat mahmudah dan mazmumah. Kajian ini menggunakan metod analisis deskriptif untuk menghurai frekuensi dan kebolehpercayaan kajian (cronbachs alpha) terhadap item-item yang dikemukakan. Hasil kajian dalam bab empat menunjukkan bahawa tahap kefahaman kakitangan pentadbiran UiTM Shah Alam terhadap integriti adalah tinggi dan tahap memahami integriti yang dirujuk kepada pembentukan nilai amanah sebagai nilai teras berdasarkan Hadith Nabi juga adalah memuaskan. Kajian ini juga turut dapat membuktikan persetujuan responden terhadap amalan kerja berintegriti dianggap sebagai satu ibadah.

                  Item Type: Thesis (Masters)
                  Additional Information: M.Usuluddin -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014
                  Uncontrolled Keywords: Universiti Teknologi MARA--Staffs; Integrity--Religious aspects--Islam; Islamic ethics
                  Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                  Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
                  Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
                  Date Deposited: 17 Jun 2015 13:45
                  Last Modified: 17 Jun 2015 13:45
                  URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5217

                  Actions (For repository staff only : Login required)

                  View Item