Adab al-riyadah wa al-istislah dalam pembangunan modal insan menurut al-Mawardi dalam Karya adab al-dunya wa al-din / Siti Sarah binti Haji Ahmad

Haji Ahmad, Siti Sarah (2014) Adab al-riyadah wa al-istislah dalam pembangunan modal insan menurut al-Mawardi dalam Karya adab al-dunya wa al-din / Siti Sarah binti Haji Ahmad. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (31Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (442Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (405Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (501Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (492Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (551Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (292Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (164Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (229Kb) | Preview

                    Abstract

                    Adab al-Riyadah wa al-Istislah dalam Pembangunan Modal Insan Menurut Al-Mawardi dalam Karya Adab al-Dunya wa al-Din. Usaha membangunkan insan yang berakhlak mulia dan terpuji merupakan aspek terpenting di dalam pembangunan modal insan. Al-Mawardi merupakan seorang tokoh yang dilihat telah memberi sumbangan di dalam usaha pembangunan kerohanian modal insan melalui karya beliau di bidang akhlak iaitu Adab al-Dunya wa al-Din. Justeru, kajian ini bertujuan menyingkap ketokohan al- Mawardi serta sumbangan pemikirannya terhadap pembangunan ini. Ia turut menganalisis salah satu cabang di dalam adab al-nafs iaitu teori adab al-riyadah wa al-istislah yang dilandaskan kepada pemikiran al-Mawardi. Akhirnya kajian ini mengutarakan penganalisaan terhadap perkaitan antara teori tersebut dengan pembangunan modal insan dalam pembentukan akhlak dan pembangunan kerohanian bagi melahirkan modal insan yang bersahsiah cemerlang dan berperibadi terpuji. Kajian yang bersifat analisis kualitatif deskriptif ini telah berjaya membuktikan ketokohan al-Mawardi dalam bidang akhlak dan pembangunan kerohanian modal insan. Teori akhlak beliau yang diasaskan kepada adab al-nafs yang kemudiannya difokuskan hanya kepada adab al-riyadah wa al-istislah dilihat sebagai suatu bentuk alternatif bagi membangun insan cemerlang kerana ia merujuk kepada proses tazkiyah al-nafs melalui penyingkiran akhlak madhmumah dan pengisian akhlak mahmudah. Proses pelaksanaannya dikemaskan oleh al-Mawardi melalui beberapa saranan dan kaedah tertentu melibatkan isu al-kibr wa al-i‘jab, husn al-khuluq, al-haya’, al-hilm wa al-ghadab, al-sidq wa al-kadhb dan al-hasad wa al-munafasah. Teori adab dan proses pelaksanaannya yang disumbangkan oleh al-Mawardi ini dapat disimpulkan sebagai suatu teori alternatif pembangunan modal insan melalui pembangunan berteraskan kerohanian dan akhlak.

                    Item Type: Thesis (Masters)
                    Additional Information: M.Usuluddin -- Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014
                    Uncontrolled Keywords: al-Mawardi, `Ali ibn Muhammad, 974?-1058--Adab al-dunya wa-al-din; Islamic education; Religious life--Islam--Early works to 1800; Islamic ethics--Early works to 1800
                    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Aqidah & Islamic Thought
                    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
                    Date Deposited: 17 Jun 2015 14:02
                    Last Modified: 17 Jun 2015 14:02
                    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5220

                    Actions (For repository staff only : Login required)

                    View Item