Dakwah Parti Islam Semalaysia (PAS) melalui politik : kajian terhadap persepsi Jemaah Tabligh di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur / Ahmad Fakhruddin bin Mohd Tahir

Mohd Tahir, Ahmad Fakhruddin (2014) Dakwah Parti Islam Semalaysia (PAS) melalui politik : kajian terhadap persepsi Jemaah Tabligh di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur / Ahmad Fakhruddin bin Mohd Tahir. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (58Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (410Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (328Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (643Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (517Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (723Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (123Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (255Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (261Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (227Kb) | Preview
                      [img]
                      Preview
                      PDF
                      Download (50Kb) | Preview
                        [img]
                        Preview
                        PDF
                        Download (91Kb) | Preview

                          Abstract

                          Dakwah Parti Islam SeMalaysia (PAS) Melalui Politik : Kajian Terhadap Persepsi Jemaah Tabligh di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur. Kajian ini membincangkan tentang perwasilahan dakwah melalui politik. Politik telah dijadikan medium oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk berdakwah kepada masyarakat. Sebaliknya bagi Jemaah Tabligh, politik tidak diletakkan sebagai suatu keutamaan dalam gerakan dakwah mereka. Namun begitu, kedua-dua gerakan tersebut merupakan gerakan dakwah yang banyak menyumbang kepada perkembangan dakwah di Malaysia serta mempunyai pengikut dan pengaruh dalam masyarakat. Atas dasar itulah, tiga objektif utama telah dibina bagi mendasari kajian yang akan dilakukan. Antaranya ialah mengkaji konsep dakwah melalui politik dalam Islam, mengkaji pelaksanaan dakwah Parti Islam SeMalaysia (PAS) melalui politik, dan mengenalpasti persepsi Jemaah Tabligh di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling Kuala Lumpur terhadap dakwah Parti Islam SeMalaysia (PAS) melalui politik. Kajian ini dilakukan secara perpustakaan dan lapangan. Bagi kajian perpustakaan, beberapa metode telah digunakan dalam proses pengumpulan data seperti metode dokumentasi dan metode historis. Manakala metode temu bual, observasi, dan soal selidik pula digunakan untuk mendapatkan data bagi kajian lapangan. Kajian mendapati bahawa PAS dilihat lebih sinonim sebagai sebuah pertubuhan politik berbanding dengan pertubuhan dakwah. Namun begitu pelaksanaan dakwah PAS tidak dinafikan secara mutlak oleh responden walaupun melalui medium politik.

                          Item Type: Thesis (Masters)
                          Additional Information: Disertasi (M.Usuluddin) -- Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014
                          Uncontrolled Keywords: Dakwah; Parti Islam Semalaysia (PAS); Politik; Jemaah Tabligh; Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling; Kuala Lumpur
                          Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                          J Political Science > JQ Political institutions Asia
                          Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Dakwah & Human Development
                          Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                          Date Deposited: 23 Oct 2015 10:17
                          Last Modified: 23 Oct 2015 10:17
                          URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5225

                          Actions (For repository staff only : Login required)

                          View Item