Pengurusan bencana gempa bumi menurut perspektif Al-Quran dan sains moden / Noor Fazilah bt Mohd Basiron

Mohd Basiron, Noor Fazilah (2014) Pengurusan bencana gempa bumi menurut perspektif Al-Quran dan sains moden / Noor Fazilah bt Mohd Basiron. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (2235Kb) | Preview

    Abstract

    Kejadian gempa bumi mampu mengundang implikasi negatif yang besar terhadap alam dan juga hidupan di muka bumi. Justeru, kajian secara terperinci adalah diperlukan bagi memastikan kejadian malapetaka tersebut dapat dihadapi dengan menerusi pengurusan yang efisyen dan selamat. Pengurusan Bencana Gempa Bumi Menurut Perspektif Al-Quran dan Sains Moden merupakan kajian yang memfokuskan cara pengurusan bencana gempa bumi yang menyentuh perihal pengurusan prabencana gempa, semasa kejadian gempa dan pascabencana gempa. Isu perbincangan turut meliputi istilah-istilah gempa yang terdapat di dalam al-Quran dan istilah gempa menurut bidang sains moden. Perbincangan juga merangkumi faktor penyebab bencana gempa bumi berlaku berdasarkan pandangan Islam dan sains moden. Selanjutnya kajian ini turut menampilkan saranan-saranan kepada pihak-pihak tertentu bagi menghadapi bencana gempa bumi menurut pandangan Islam dan sains moden. Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian perpustakaan yang mengaplikasikan kaedah kualitatif berserta sumber-sumber yang relevan dengan tajuk penulisan bagi memastikan hasil dapatan yang optimum. Hasil kajian ini mendapati terdapat pelbagai langkah pengurusan bencana gempa bumi yang dapat diaplikasikan sama ada sebelum bencana gempa, semasa bencana atau pascabencana gempa yang merangkumi pandangan Islam dan sains moden. Justeru, diharap agar kajian ini dapat membantu pelbagai lapisan masyarakat khususnya rakyat Malaysia dalam memahami dan mengambil langkah-langkah keselamatan sekiranya bencana gempa bumi ini menimpa mereka.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -– Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014
    Uncontrolled Keywords: Pengurusan; Bencana; Gempa bumi; Al-Quran; Sains moden
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Q Science > Q Science (General)
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 11 Aug 2015 16:43
    Last Modified: 11 Aug 2015 16:43
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5226

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item