Wan Mahmud, Wan Zahari (2011) Penguasaan perbendaharaan kata Arab dalam pendidikan syariah Islamiah : kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak, Jasin, Melaka / Wan Zahari bin Wan Mahmud. Masters thesis, University of Malaya.
| PDF Download (7Kb) | Preview | |
| PDF Download (311Kb) | Preview | |
| PDF Download (1927Kb) | Preview | |
| PDF Download (1536Kb) | Preview | |
| PDF Download (159Kb) | Preview | |
| PDF Download (149Kb) | Preview | |
| PDF Download (112Kb) | Preview | |
| PDF Download (119Kb) | Preview | |
| PDF (Full Text) Download (120Kb) | Preview | |
| PDF Download (116Kb) | Preview | |
| PDF Download (45Kb) | Preview |
Abstract
“Penguasaan Perbendaharaan Kata Arab Dalam Pendidikan Syariah Islamiah: Kajian Di Sekolah Menengah Kebangasaan Tun Perak, Jasin, Melaka”, merupakan satu kajian penyelidikan untuk menilai tahap penguasaan pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak terhadap perbendaharaan kata Arab yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah dan tahap pencapaian mereka dalam mata pelajaran tersebut. Dalam kajian ini, pengkaji membicarakan tentang perbendaharaan kata Arab yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah tingkatan 4 iaitu dalam bidang ‘Aqidah, Usul al-Fiqh, Ayat Hukm, Hadith Hukm dan Fiqh. Begitu juga dalam sukatan pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah tingkatan 5 iaitu dalam bidang ‘Aqidah, Usul al-Fiqh, Ayat Hukm, Hadith Hukm, Fiqh dan Sejarah Perundangan Islam. Pengkaji turut mengumpul dan menganalisis data-data yang diperolehi melalui soal selidik dengan pelajar dan guru. Soal selidik ini berkaitan dengan latar belakang Pendidikan Syariah Islamiah dan pemilihan perbendaharaan kata Arab yang tepat berdasarkan soalan yang diutarakan kepada pelajar. Kajian ini juga membuat beberapa rumusan dan cadangan bagi mengatasi kelemahan dan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam menguasai perbendaharaan kata Arab dengan betul. Kesimpulannya, penguasaan pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak terhadap perbendaharaan kata Arab dalam mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah berada pada tahap sederhana. Namun begitu, pencapaian mereka untuk mata pelajaran tersebut secara umumnya berada pada tahap yang baik.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011 |
Uncontrolled Keywords: | Islamic law--Study and teaching (Secondary); Arabic language--Vocabulary--Study and teaching (Secondary)--Foreign speakers; Arabic language--Vocabulary--Study and teaching (Secondary)--Melaka |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc L Education > L Education (General) |
Divisions: | Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul |
Depositing User: | Mrs Nur Aqilah Paing |
Date Deposited: | 26 Jun 2015 14:00 |
Last Modified: | 26 Jun 2015 14:00 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5229 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |