Israiliyyat : kajian kefahaman guru-guru pendidikan Islam di sekolah-sekolah menengah zon Keramat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Bazliah binti Naziri

Naziri, Bazliah (2012) Israiliyyat : kajian kefahaman guru-guru pendidikan Islam di sekolah-sekolah menengah zon Keramat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Bazliah binti Naziri. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (4Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (4Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (4Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (65Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (231Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (1510Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (102Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (4Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (3965b) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (243Kb) | Preview
                      [img]
                      Preview
                      PDF
                      Download (4Kb) | Preview
                        [img]
                        Preview
                        PDF
                        Download (700Kb) | Preview
                          [img]
                          Preview
                          PDF
                          Download (4Kb) | Preview
                            [img]
                            Preview
                            PDF (Full Text)
                            Download (548Kb) | Preview

                              Abstract

                              Menyedari betapa pentingnya pengajaran yang disampaikan oleh guru-guru kepada para pelajar lebih-lebih lagi dalam membicarakan penafsiran ayat-ayat al-Quran yang mengandungi unsur-unsur isra’iliyyat telah mendorong kajian ini dilaksanakan. Ini kerana kefahaman isra’iliyyat di kalangan Guru-guru Pendidikan Islam (GPI) sangat mempengaruhi penerapan kefahaman isra’iliyyat pelajar-pelajar sekolah. Fokus utama kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengukur sejauhmana kefahaman Guru-guru Pendidikan Islam (GPI) di sekolah-sekolah menengah zon Keramat, Kuala Lumpur berhubung unsur-unsur isra’iliyyat yang terdapat dalam penafsiran al-Quran. Selain itu juga kajian ini bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi hubungan kefahaman isra’iliyyat di kalangan GPI di samping mengenalpasti hubungan kefahaman isra’iliyyat dengan penerapan unsur-unsur isra’iliyyat dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Metodologi kajian ini dijalankan secara pengumpulan maklumat melalui kajian lapangan. Seramai 128 orang responden yang terdiri daripada Guru-guru Pendidikan Islam (GPI) daripada 22 buah sekolah menengah zon Keramat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah disoal-selidik. Data yang diperolehi telah dianalisa menggunakan ujian chi-square secara deskriptif frekuensi dan signifikan hubungan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kefahaman dan kecenderungan penerapan unsur-unsur isra’iliyyat dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian mendapati bahawa hanya 32.8% di kalangan Guru-guru Pendidikan Islam (GPI) yang memahami tentang isra’iliyyat. Kesan daripada kurangnya kefahaman tentang isra’iliyyat telah mempengaruhi penerapan unsur-unsur isra’iliyyat dalam pengajaran dan pembelajaran kepada para pelajar di sekolah. Unsur-unsur isra’iliyyat dikenalpasti daripada pengetahuan sedia ada guru itu sendiri, silibus mata pelajaran Pendidikan Islam mahupun penerapan unsur-unsur isra’iliyyat yang tidak disedari daripada kitab-kitab tafsir yang dirujuk

                              Item Type: Thesis (Masters)
                              Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012
                              Uncontrolled Keywords: al-Qur'an--Criticism, interpretation, etc; al-Qur'an--Hermeneutics
                              Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                              Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
                              Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                              Date Deposited: 11 Aug 2015 17:12
                              Last Modified: 11 Aug 2015 17:12
                              URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5235

                              Actions (For repository staff only : Login required)

                              View Item