Pemikiran al-Ibadiyyah dalam ilmu kalam / Edeey Ameen bin Ibrahim

Ibrahim, Edeey Ameen (2013) Pemikiran al-Ibadiyyah dalam ilmu kalam / Edeey Ameen bin Ibrahim. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (4Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (480Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF (Full Text)
      Download (1499Kb) | Preview

        Abstract

        ABSTRAK Pemikiran Islam adalah suatu bidang yang luas dan meliputi pelbagai konsep. Era globalisasi dan dunia tanpa sempadan juga memperlihatkan sesuatu maklumat dan pemikiran yang pelbagai boleh didapati dan diakses dengan begitu mudah, masyarakat Islam yang sudah sekian lama menganuti pelbagai jenis mazhab dalam agama mereka akan menilai dan membuat perbandingan melalui teknologi yang serba canggih ini. Kemunculan mazhab dalam sesebuah masyarakat, kadang kala boleh membawa kekeliruan dan penolakan antara satu sama lain. Melalaui kajian ini penulis telah menyatakan kesimpulan dan rumusan bahawa mazhab al-Ibadiyyah adalah sebuah mazhab yang pertama muncul dalam dunia Islam selepas zaman Khulafa’ al-Rasyidin. Mazhab ini juga meletakkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai rujukan utama, bahkan menekankan hadis-hadis yang bersifat mutawatir sahaja yang layak dijadikan sumber rujukan dan hujah dalam pengambilan hukum. Namun begitu mazhab ini dikaitkan dengan al-Khawarij bahkan dikatakan ia pecahan daripada al-Khawarij Walau bagaimanapun penganut mazhab ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka sebahagian dari al-Khawarij dengan pelbagai hujah dan fakta. Penulisan ini bukan bertujuan untuk meneliti kebenaran dan kepalsuan persoalan tersebut. Namun ia membincangkan persoalan-persoalan akidah dalam mazhab tersebut. Hasil dari penulisan ini penulis berpendapat bahawa mazhab al-Ibadiyyah adalah merupakan sebuah mazhab akidah yang berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah. Setiap individu muslim perlu mengambil inisiatif untuk memahami konsep akidah yang benar, agar segala kekeliruan dapat dielakkan, seterusnya penyatuan ummah dapat dibangunkan. Oleh yang demikian kajian ini bertujuan untuk mengkaji skop perbincangan utama konsep Ketuhanan, Kenabian dan Hari Akhirat dari sudut pemikiran al-Ibadiyyah hingga muncul sebagai sebuah mazhab yang dianuti oleh sebahagian umat Islam pada hari ini.

        Item Type: Thesis (Masters)
        Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
        Uncontrolled Keywords: Ibadites; Ibadites--Doctrines; Islamic sects
        Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
        Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Aqidah & Islamic Thought
        Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
        Date Deposited: 11 Jun 2015 15:53
        Last Modified: 11 Jun 2015 15:53
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5239

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item