Simbolon, Parlindungan (2013) Metodologi penulisan Hadith dalam tafsir bahasa Melayu : kajian perbandingan antara Tafsir al-Mishbah dan Tafsir pedoman Muttaqin / Parlindungan Simbolon. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Kajian terhadap kitab tafsir Bahasa Melayu dari aspek penulisan Hadith dan hukumnya masih perlu dilakukan untuk mempastikan metode penulisan Hadith tersebut memenuhi kriteria ilmiah dan hukumnya dapat dijadikan hujjah. Kajian ini mempunyai objektif untuk menilai dan membandingkan pemikiran M.Q. Shihab pada Surah al-Baqarah dalam Tafsir al- Mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir Pedoman Muttaqin dari aspek metode penulisan Hadith, penggunaan Hadith dan hukumnya. Data yang diperolehi dalam kajian ini dikumpulkan dengan menggunakan metode kualitatif meliputi metode perpustakaan dan dokumentasi serta sumber-sumber yang berautoriti bagi merujuk Hadith-Hadith yang didapati pada objektif kajian kepada sumber asalnya. Data-data tersebut dianalisis secara kritikal dengan menggunakan metode induktif, deduktif dan komparatif. Berdasarkan hasil kajian, metode penulisan Hadith Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir Pedoman Muttaqin lebih istimewa berbanding dengan metode penulisan Hadith M.Q. Shihab dalam Tafsir al-Mishbah. Keistimewaan tersebut terletak pada penulisan Hadith dengan bahasa Arab dan takhrij yang dikemukakan. Berbeza dengan M.Q. Shihab, secara umum beliau menyatakan Hadith dalam bentuk terjemahan. Dari aspek hukum Hadith, Hadith-Hadith yang dikemukakan oleh kedua-dua pengarang di dalam tafsir mereka masing-masing tidak semuanya dalam kategori maqbul tetapi ada yang mardud. Hasil kajian mendapati, Hadith dalam kategori maqbul sebanyak tujuh puluh dua Hadith dan lapan Hadith dalam kategori mardud.
Actions (For repository staff only : Login required)