Aktiviti dakwah terhadap saudara baru : kajian di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Muhammad bin Hashim

Hashim, Muhammad (2013) Aktiviti dakwah terhadap saudara baru : kajian di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Muhammad bin Hashim. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (18Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (100Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (123Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (264Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (312Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (89Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (143Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (3590Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (24Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF (Full Text)
                    Download (6Kb) | Preview

                      Abstract

                      Kajian ini bertajuk “Aktiviti Dakwah Terhadap Saudara Baru: Kajian di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI)”. Menurut statistik, kemasukan golongan non-Muslim dalam agama Islam yang didaftarkan di bawah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kian meningkat dan jumlahnya amat memberangsangkan. Dalam hal ini, JAWI memainkan peranan penting dalam mengurus pendaftaran saudara baru, mengadakan aktiviti dakwah dan lain-lain lagi. Justeru, fokus utama kajian dijalankan adalah untuk mengenal pasti aktiviti dakwah yang telah dilaksanakan terhadap saudara baru di JAWI dan mengenal pasti masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan aktiviti dakwah tersebut. Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kajian lapangan yang menggunakan kaedah kualitatif untuk mendapatkan maklumat-maklumat saudara baru melalui tinjauan secara langsung dan temu bual dalam rangka penyelidikan yang merangkumi tiga kelompok responden iaitu: pegawai Hal Ehwal Aktiviti Dakwah Saudara Baru, pendakwah (mubaligh) dan saudara baru. Kajian ini adalah untuk melihat pelaksanaan aktiviti dakwah yang telah dijalankan dan seterusnya mencadangkan beberapa kaedah bagi meningkatkan kebajikan yang berkualiti dan menjadikan golongan ini sebagai daʻie untuk mengajak kaum mereka memeluk Islam. Kajian ini mengandungi lima bab. Bab satu merupakan pendahuluan iaitu pengenalan, latar belakang kajian, penyataan permasalahan, objektif kajian, kepentingan kajian, skop kajian, kajian-kajian lepas, metodologi dan susunan penulisan. Bab dua ialah landasan teori yang membincangkan definisi dakwah dan saudara baru, pendekatan dakwah terhadap saudara baru, faktor-faktor pemelukan Islam dalam kalangan saudara baru. Seterusnya dikemukakan masalah-masalah yang dihadapi oleh saudara baru, saudara baru dan undang-undang serta kesimpulan. Bab tiga membincangkan mengenai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), statistik saudara baru dari tahun 2004 hingga 2009, aktiviti pengisian ilmu, aktiviti sambutan keagamaan, aktiviti kebajikan dan kesimpulan. Bab empat turut menyatakan masalah saudara baru, masalah pendakwah, masalah penganjur dan kesimpulan. Bab lima mengandungi kesimpulan keseluruhan hasil kajian dan saranan-saranan berdasarkan hasil kajian kepada pihak yang bertanggungjawab terhadap saudara baru untuk meningkatkan lagi keberkesanan aktiviti dakwah yang dijalankan.

                      Item Type: Thesis (Masters)
                      Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
                      Uncontrolled Keywords: Da'wah (Islam)--Kuala Lumpur (W.P.); Islam--Missions--Kuala Lumpur (W.P.); Muslim converts--Kuala Lumpur (W.P.)
                      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                      Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Dakwah & Human Development
                      Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
                      Date Deposited: 11 Jun 2015 15:42
                      Last Modified: 11 Jun 2015 15:42
                      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5247

                      Actions (For repository staff only : Login required)

                      View Item