Teks khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) : kajian tentang metode dan cabaran penyediaannya / Rohaily @ Abd Rahman bin Abd Hamid

Abd Hamid, Rohaily (2012) Teks khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) : kajian tentang metode dan cabaran penyediaannya / Rohaily @ Abd Rahman bin Abd Hamid. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (455Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (2177Kb) | Preview

      Abstract

      Khutbah Jumaat adalah wadah tazkirah mingguan umat Islam. Pelbagai reaksi dan maklum balas yang diterima daripada khutbah Jumaat yang disampaikan pada hari ini. Ironinya lebih membawa mesej bahawa Khutbah Jumaat perlu diperbaiki dan dipertingkatkan kualiti isi kandungan dan persembahannya. Disertasi bertajuk ‘Teks Khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI): Kajian Tentang Metode dan Cabaran Penyediaannya’ ini adalah kajian yang penting kerana ia merupakan satu usaha yang memaparkan sebuah metode rujukan dan menjadi perbandingan dalam usaha menerbitkan khutbah Jumaat yang berkualiti. Kajian ini membawa objektif mengenalpasti kekuatan dan kelemahan isi kandungan teks khutbah Jumaat jabatan ini, mengenalpasti proses dan menilai metode penyediaan teks khutbah Jumaat yang diaplikasikan di sini dan menganalisis cabaran-cabaran dalam menyediakannya. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah metode pengumpulan data, metode pemerhatian, kajian teks dan temu bual. Ia melibatkan responden dari kalangan para pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Kariah JAWI, para penulis khutbah, panel penyemak khutbah dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Hasil kajian ini membuktikan bahawa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengaplikasikan suatu metode penyediaan khutbah yang sistematik dalam semua tahap kerja-kerja penerbitannya. Namun masih terdapat beberapa sudut yang perlu dipertingkatkan keupayaannya; yang telah dinyatakan penyelidik dalam kajian ini. Beberapa cabaran yang dikenalpasti dihadapi oleh organisasi ini turut dibentangkan, disusuli dengan cadangan-cadangan yang dilihat pengkaji dapat membantu menanganinya.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
      Uncontrolled Keywords: Kuala Lumpur--bJabatan Agama Islam; Islamic sermons, Malay; Islamic sermons
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Dakwah & Human Development
      Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
      Date Deposited: 13 Jun 2015 14:42
      Last Modified: 13 Jun 2015 14:42
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5248

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item