Tafsir aliran pembaharuan di Indonesia : kajian perbandingan antara Tafsir al-Azhar oleh Hamka dan Tafsir al-Misbah oleh M. Quraish Shihab / Muhammad Ikbal

Ikbal, Muhammad (2014) Tafsir aliran pembaharuan di Indonesia : kajian perbandingan antara Tafsir al-Azhar oleh Hamka dan Tafsir al-Misbah oleh M. Quraish Shihab / Muhammad Ikbal. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (9Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (10Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (157Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (25Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF (Full Text)
          Download (146Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (90Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (1137Kb) | Preview

                Abstract

                Disertasi ini bertujuan untuk mengkaji pendekatan pentafsiran al-Quran yang dihasilkan oleh dua orang tokoh tafsir Nusantara yang terkenal, iaitu Prof. Dr. HAMKA dan Prof. Dr. M. Quraish Shihab. Kitab tafsir mereka telah memberi sumbangan besar terhadap Umat Islam dan menjadi solusi bagi permasalahan-permasalahan yang berkembang di tengah masyarakat. Kajian ini mendapati bahawa pendekatan tafsir aliran pembaharuan yang dibawa oleh kedua tokoh ini adalah pendekatan yang sesuai dengan realiti semasa yang berkembang di tengah masyarakat Nusantara. Kesimpulan ini mengkukuhkan pembaharuan pentafsiran terhadap ayat-ayat al-Quran yang berhubungkait dengan akidah, ibadah, dan mu’amalah. Kerana perubahan zaman menuntut para mufassir untuk melahirkan karya tafsir yang mampu menyelesaikan permasalahan umat. Penelitian ini merupakan kajian kepustakaan, Tafsir al-Azhar dan Tafsir al-Misbah sebagai sumber utamanya. Sedangkan sebagai pisau analisis penelitian ini adalah teori-teori ’ulum al-Quran yang terdapat dalam kitab-kitab ’ulum al-Quran. Kajian ini berhubungkait dengan pembaharuan, maka untuk menyokong penelitian ini, pengkaji menggunakan buku-buku yang membahas tentang pembaharuan pemikiran dalam Islam, khususnya di Indonesia. Pendekatan dalam penelitian ini adalah pendekatan mawdu’i, dengan fokus utama pada Tafsir al-Azhar dan Tafsir al-Misbah. Sebagai penelitian mawdu’i, maka pengkaji mengkaji tema-tema tertentu yang dianggap penting dan berhubungkait dengan kemasyarakatan, iaitu: tasawuf, sosial, politik dan ekonomi. Dalam mencapai tujuan tersebut, pengkaji telah menggunakan metodologi historis dan dokumentasi dalam mengumpulkan data. Lalu menganalisis data-data tersebut dengan menggunakan metodologi induktif, deduktif, temubual dan komperatif.

                Item Type: Thesis (Masters)
                Additional Information: Disertasi (M.Usuluddin) -– Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014
                Uncontrolled Keywords: Tafsir aliran pembaharuan; Indonesia; Kajian perbandingan; Tafsir al-Azhar; Hamka; Tafsir al-Misbah; M. Quraish Shihab
                Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
                Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
                Date Deposited: 30 Jul 2015 13:50
                Last Modified: 30 Jul 2015 13:50
                URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5253

                Actions (For repository staff only : Login required)

                View Item