Realiti pengamalan istihsan di dalam perundangan Islam dan fatwa di Malaysia / Mohd Hafiz bin Jamaludin

Jamaludin, Mohd Hafiz (2012) Realiti pengamalan istihsan di dalam perundangan Islam dan fatwa di Malaysia / Mohd Hafiz bin Jamaludin. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (197Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (190Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (453Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (459Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (482Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF (Full Text)
            Download (217Kb) | Preview

              Abstract

              Istihsan merupakan salah satu sumber hukum Islam yang tidak disepakati oleh para ulama’. Ia diterima pakai oleh kebanyakan mazhab-mazhab fiqh yang utama seperti Hanafi, Maliki dan Hanbali, tetapi ditentang dengan agak keras oleh Imam al-Syafi‘i. Konsep Istihsan pada hakikatnya dibentuk bagi mengelakkan kebergantungan kepada zahir nas sama ada daripada Al-Quran, Sunnah ataupun Ijma‘. Ia juga disusun bagi mengelakkan penggunaan Qiyas yang keterlaluan sehingga menafikan prinsip Maslahah ketika menetapkan sesuatu hukum. Ini disebabkan, pemeliharaan terhadap kemaslahatan umum merupakan satu prinsip asas bagi syariah dan mana-mana ketetapan hukum yang tidak meraikannya, akan menyebabkan prinsip syariah ini tidak dapat diamalkan, meskipun ia dikeluarkan berdasarkan sumber-sumber utama di atas. Justeru itu, pemakaian konsep Istihsan boleh membetulkan tafsiran secara literal sumber-sumber utama hukum Syarak berasaskan kepada prinsip Maslahah. Dalam melihat realiti pengamalan Istihsan di negara ini pula, penyelidik telah membuat penelitian terhadap sumber-sumber hukum yang digunakan dalam penyelesaian-penyelesaian masalah di Mahkamah Syariah dalam bentuk penghakiman kes dan di Pejabat atau Jabatan Mufti dalam bentuk fatwa. Berdasarkan penelitian terhadap penyelesaian-penyelesaian hukum daripada dua badan yang berautoriti ini, penyelidik mendapati bahawa konsep Istihsan telah digunakan bagi menyelesaikan sebahagian kes-kes yang berlaku di Mahkamah Syariah dan juga fatwa-fatwa kontemporari di negara ini.

              Item Type: Thesis (Masters)
              Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012
              Uncontrolled Keywords: Istihsan (Islamic law)--Malaysia; Islamic law--Interpretation and construction
              Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
              K Law > K Law (General)
              Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Law
              Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
              Date Deposited: 11 Jun 2015 13:41
              Last Modified: 11 Jun 2015 13:41
              URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5254

              Actions (For repository staff only : Login required)

              View Item