Fungsi Majlis Penasihat Syariah dalam amalan perbankan Islam di Malaysia : kajian terhadap Bank Muamalat Malaysia Berhad dan RHB Islamic Bank Berhad / Ahmad Faizol Ismail

Ismail, Ahmad Faizol (2010) Fungsi Majlis Penasihat Syariah dalam amalan perbankan Islam di Malaysia : kajian terhadap Bank Muamalat Malaysia Berhad dan RHB Islamic Bank Berhad / Ahmad Faizol Ismail. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (1128Kb) | Preview

    Abstract

    Majlis Penasihat Syariah (MPS) adalah badan penasihat kepada sesebuah bank Islam mengenai hukum sesuatu produk yang ingin ditawarkan. Ia mempunyai fungsi-fungsi tertentu yang berkait rapat dengan hukum-hakam mucamalat dalam Islam. Fungsi ini merangkumi dua aspek, iaitu aspek penetapan hukum atau fatwa, dan aspek pemantauan lapangan terhadap pelaksanaan hukum yang telah ditetapkan. Kedua-dua aspek berkenaan diletakkan di bawah jawatankuasa khas, iaitu Jawatankuasa Kajian dan Fatwa dan Jawatankuasa Pemantauan dan Pelaksana. Isu utama yang menjadi tumpuan kajian ini adalah fungsi-fungsi bagi setiap jawatankuasa tersebut, terutamanya, instrumen yang mendasari ijtihad MPS. Sejauh mana aplikasi teori yang diamalkan di Malaysia juga dibincangkan. Subjek kajian ini ialah dua buah bank yang menawarkan produk perbankan Islam iaitu Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) dan RHB Islamic Bank (RHBIB).Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan data dikumpulkan melalui teknik temu bual dan kajian dokumen, khususnya dalam mendapatkan data berkaitan perbincangan teori MPS. Data dianalisis dengan olahan secara diskriptif. Kesimpulannya, aplikasi MPS di Malaysia secara asasnya adalah sama dengan teori yang digagaskan oleh kebanyakan pakar dalam bidang ini. Walaubagaimanapun, wujud sedikit perbezaan pada struktur organisasinya.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
    Uncontrolled Keywords: Bank Muamalat Malaysia Bhd; RHB Islamic Bank Bhd; Banks and banking--Religious aspects--Islam
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    H Social Sciences > HG Finance
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Economics
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 12 Jun 2015 13:09
    Last Modified: 12 Jun 2015 13:09
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5258

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item