Bay' al-'Inah : hukum dan pelaksanaannya dalam perbankan Islam di Malaysia / Mohamad Rizal bin Mohamed Nor

Mohamed Nor, Mohamad Rizal (2009) Bay' al-'Inah : hukum dan pelaksanaannya dalam perbankan Islam di Malaysia / Mohamad Rizal bin Mohamed Nor. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (54Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (727Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (24Kb) | Preview

        Abstract

        Sistem kewangan dan perbankan Islam di Malaysia telah dan sedang melalui perkembangan yang pesat. Namun, dalam keghairahan perbankan Islam di Malaysia menawarkan produk-produk yang setanding dengan bank-bank konvensional, terdapat akad yang kontroversi telah diterima pakai hingga mengundang kritikan daripada sarjana-sarjana tempatan dan antarabangsa tentang perjalanan perbankan Islam khususnya di Malaysia. Antara akad yang dimaksudkan ialah bay‘ al-‘inah yang dipertikaikan dari sudut keharusannya. Walaupun penerimaan akad bay‘ al-‘inah ini adalah berdasarkan hukumnya dalam mazhab Shafi‘i, pandangan dari mazhab-mazhab fiqh yang lain perlu diambil kira. Kajian ini akan membincangkan kedudukan akad bay‘ al-‘inah menurut perspektif syarak dengan membentangkan pandangan-pandangan pelbagai mazhab dan ulama semasa mengenainya. Kajian ini juga akan membincangkan tentang hilah fiqhiyyah dan hubungkaitnya dengan bay‘ al-‘inah. Sebahagian produk kewangan yang berasaskan akad ini yang ditawarkan oleh beberapa institusi perbankan Islam di Malaysia akan turut dianalisis dalam kajian ini. Secara keseluruhannya, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan sedikit penggunaan data kuantitatif yang dianalisis secara deskriptif. Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati penerimaan akad bay‘ al-‘inah berasaskan mazhab Shafi‘i yang diterima pakai di Malaysia boleh dipertikaikan kerana ia tidak menepati kedudukannya yang sebenar dalam mazhab Shafi‘i itu sendiri. Dari sudut perbandingan dalil dan hujah pula, golongan yang menolaknya adalah lebih kuat atau rajih. Oleh itu, pemakaian akad ini perlu dikaji semula dan alternatifnya juga perlu difikirkan dalam usaha memastikan perjalanan perbankan Islam di negara kita benar-benar menepati syarak.

        Item Type: Thesis (Masters)
        Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2009
        Uncontrolled Keywords: Selling--Banks and banking--Malaysia; Banks and banking--Religious aspects--Islam; Commercial law (Islamic law)
        Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
        H Social Sciences > HG Finance
        Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Economics
        Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
        Date Deposited: 11 Aug 2015 18:13
        Last Modified: 11 Aug 2015 18:13
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5259

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item