Kesalahan-kesalahan matrimoni dalam kes perceraian di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah : kajian di Mahkamah Syariah Negeri Selangor Darul Ehsan / Mazlan bin Abd Manan

Abd Manan, Mazlan (2010) Kesalahan-kesalahan matrimoni dalam kes perceraian di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah : kajian di Mahkamah Syariah Negeri Selangor Darul Ehsan / Mazlan bin Abd Manan. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (501Kb) | Preview

    Abstract

    Pada asasnya tidak ada nas yang jelas tentang hukum perceraian di luar Mahkamah di dalam al-Quran dan al-Sunnah, namun permasalahan ini telah berlaku sejak zaman berzaman sehingga mendesak ulama’ memberi pandangan berdasarkan nas-nas yang berkaitan dengannya. Oleh kerana itu disertasi ini bertujuan mengemukakan suatu kajian tentang perceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah dari sudut pandangan syara’ dan pelaksanaannya mengikut undang-undang di Malaysia, dengan rujukan khusus kepada kes-kes di Mahkamah Syariah di negeri Selangor. Enakmen Keluarga Islam Selangor 1984 (EUKIS), umpamanya telah mengadakan peruntukan khas kepada suami yang menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa-apa bentuk di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah di bawah seksyen 124 (EUKIS). Kajian ini menggunakan metod kajian lapangan dan perpustakaan, khususnya untuk mengkaji faktor berlaku perceraian tersebut dan konsep asas perceraian seperti mana yang dibincangkan oleh fuqaha’ dalam kitab-kitab fiqh. Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 1984, statistik perceraian dan kes-kes perceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah menjadi sebahagian rujukan dalam kajian ini. Kes-kes tersebut dikaji dan dianalisis untuk mendapatkan faktor berlaku perceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah. Hasil kajian mendapati masyarakat kurang pendedahan berkaitan kesalahan di bawah seksyen 124 EUKIS dan penalti yang dikenakan kepada suami yang melanggar seksyen ini adalah rendah. Selain itu, sistem penyampaian maklumat antara pihak pendaftaran perceraian dan pendakwa perlu dikemaskini untuk menangani isu ini supaya pasangan melakukan kesalahan di bawah seksyen 124 EUKIS tidak terlepas daripada tindakan. Walaupun masih terdapat kelemahan-kelemahan dalam pelaksanaan seksyen 124 EUKIS ini, ianya boleh diperbaiki untuk masa akan datang. Peruntukan ini sangat penting diteruskan dan perlu digunapakai untuk membendung perbuatan suami menceraikan isteri sewenang-wenangnya dan untuk menjaga maslahah bekas isteri serta anak-anak agar tidak terabai.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
    Uncontrolled Keywords: Matrimonial actions (Islamic law)--Selangor; Islamic law--Selangor; Family law (Islamic law)--Selangor; Divorce (Islamic law)--Selangor
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
    K Law > K Law (General)
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Law
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 11 Jun 2015 13:46
    Last Modified: 11 Jun 2015 13:46
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5263

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item