Penderafan dokumen wasiat Islam di Amanah Raya Berhad : analisis menurut perspektif Islam / Al Azifah binti Mohd Safie

Mohd Safie, Al Azifah (2010) Penderafan dokumen wasiat Islam di Amanah Raya Berhad : analisis menurut perspektif Islam / Al Azifah binti Mohd Safie. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (1105Kb) | Preview

    Abstract

    Dokumen adalah sumber keterangan yang dominan dan berautoriti untuk menjelaskan sesuatu fakta. Oleh itu mendokumenkan sesuatu wasiat dilihat lebih efektif kerana ia mampu merekod maklumat dalam jangka masa panjang memandangkan kematian seseorang tidak dapat dijangkakan. Justeru fokus disertasi ini akan ditumpukan kepada pendrafan dokumen wasiat Islam yang dijalankan oleh sebuah badan amanah iaitu Amanah Raya Berhad. Ini kerana objektif utama penyelidikan ini adalah untuk menganalisis keselarasan pendrafan dokumen wasiat Islam dengan Undang-undang Islam yang dilaksanakan di perbadanan tersebut. Metode analisis kandungan telah diaplikasikan bagi mencapai objektif yang digariskan. Dapat dirumuskan melalui hasil kajian bahawa DDWA yang diguna pakai oleh ARB merupakan satu dokumen wisayah menurut perspektif Undang-undang Islam disebabkan kandungannya telah sempurna dengan rukun-rukunnya mengikut pandangan Imam Syafi’iy. Manakala DDWK pula telah mempunyai ciri-ciri dokumen wasiat menurut perspektif Islam. Namun pengkaji berpendapat terdapat klausa-klausa tertentu di dalam kedua-dua draf berkenaan yang perlu diperhalusi supaya pendrafannya lebih objektif dan tidak menimbulkan kekeliruan.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Syariah)--Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
    Uncontrolled Keywords: Amanah Raya Berhad; Wills (Islamic law)--Malaysia; Inheritance and succession (Islamic law)--Malaysia
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Law
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 20 Jun 2015 09:55
    Last Modified: 20 Jun 2015 09:55
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5264

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item