Amalan fidyah dalam masyarakat Islam di Kanchong Darat, Banting, Selangor : satu analisis / Rumaizi bin Ahmad

Ahmad, Rumaizi (2010) Amalan fidyah dalam masyarakat Islam di Kanchong Darat, Banting, Selangor : satu analisis / Rumaizi bin Ahmad. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (1288Kb) | Preview

    Abstract

    Amalan fidyah merupakan salah satu tuntutan hukum kepada mereka yang berkenaan. Inilah asas kajian yang cuba diketengahkan oleh penulis dengan penelitian khusus terhadap amalan yang dilakukan oleh sebahagian penduduk di kampung Kanchong Darat, Banting, Selangor. Mereka telah lama mengamalkan pembayaran fidyah dalam bentuk tertentu sehingga menimbulkan persoalan sama ada ianya menepati kehendak syarak atau tidak. Sehubungan dengan itu kajian ini dibuat bertujuan untuk mendapatkan kepastian hukum tentang amalan fidyah yang dilakukan khususnya terhadap amalan fidyah sembahyang dan cara-cara membayarnya. Selain menggunakan metodologi pengumpulan data melalui kajian kepustakaan dan temubual, penulis juga turut serta dalam upacara membayar fidyah yang diadakan. Kesemua dapatan maklumat tersebut telah dianalisis secara induktif, deduktif dan komparatif. Berdasarkan kepada analisis tersebut dengan meneliti nas, dalil-dalil serta kaedah-kaedah fikah dan usul selain hujah pelbagai pihak, penulis mendapati amalan yang dilakukan oleh mereka sebahagiannya tidak menepati kehendak hukum syarak, khususnya pengamalan fidyah sembahyang dan kaedah pembayaran yang dilakukan oleh sebahagian daripada mereka. Ini disebabkan hujah yang digunakan untuk mengharuskan fidyah sembahyang tidak kuat manakala bentuk pembayaran yang dilakukan oleh sebahagian daripada mereka tersasar daripada kehendak hukum yang sebenarnya.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
    Uncontrolled Keywords: Penalties, Contractual (Islamic law)--Selangor--Banting; Fidyah
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
    Date Deposited: 11 Jun 2015 14:56
    Last Modified: 11 Jun 2015 14:56
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5269

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item