Ishak, Muhammad Fakhruddin (2010) Kesan teknologi moden terhadap perubahan hukum : analisis terhadap penggunaan short message service (SMS) / Muhammad Fakhruddin bin Ishak. Masters thesis, University of Malaya.
| PDF (Full Text) Download (899Kb) | Preview |
Abstract
Disertasi ini mengkaji kesan teknologi moden terhadap perubahan hukum. Lebih khusus lagi dalam bidang telekomunikasi iaitu penggunaan Short Message Service (SMS). Isu yang dikaji ialah sejauhmana pembinaan hukum dapat dilakukan dengan mengambil kira faktor teknologi yang membentuk satu budaya dalam kehidupan masyarakat. Objektifnya ialah untuk menonjolkan pengaruh teknologi dalam perubahan hukum fiqh. Selain itu, ianya bertujuan menjelaskan teori-teori syarak yang berkaitan dengan perubahan hukum fiqh semasa dan juga menjelaskan hukum berkaitan penggunaan SMS berasaskan teori-teori terbabit. Kajian ini telah mengunakan metode kajian perpustakaan. Bagi mengukuhkan lagi data yang diperolehi, metode temubual juga turut diadakan. Datanya diterangkan dalam lima bab untuk menjelaskan kerangka teori dan latar belakang bagi menjawab keperluan permasalahan kajian. Bab satu menerangkan tentang pendahuluan dengan mengemukakan penyataan masalah kajian, objektif, skop kajian, metodologi penyelidikan, definisi tajuk dan kajian lepas. Bab dua membincangkan mengenai metodologi pembinaan hukum syarak serta perubahannya melalui kaedah Usul al-Fiqh, Maqasid al-Syari’ah dan Qawa’id al-Fiqhiyyah. Bab tiga pula menerangkan mengenai teknologi moden, teknologi SMS, sejarahnya, konsepnya dan aplikasi penggunaannya. Bab empat mengkaji tentang masalah penggunaan SMS dalam isu-isu terpilih berkaitan ibadat, munakahat dan muamalat. Justeru itu pada bab akhir pengkaji mengemukakan beberapa saranan dan cadangan bagi menjelaskan lagi proses pembinaan hukum yang berkaitan dengan penggunaan SMS. Dapatan dan hasil kajian menunjukan bahawa penggunaan SMS sememangnya memberi impak yang besar dalam kehidupan masyarakat dan sekalipun bukan sebagai faktor pengubah hukum yang utama, namun penggunaannya diambilkira dalam membina hukum fiqh. Hal ini dapat dilihat hal ibadat (derma dan zakat), munakahat (nikah dan cerai) dan muamalat (undian rancangan realiti hiburan dan perbankan SMS). Maka kefahaman mengenai hukumnya amatlah diperlukan sebagai panduan kepada umat dalam berinteraksi dengan perkembangan teknologi moden.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010 |
Uncontrolled Keywords: | Islamic law--Malaysia; Information technology--Religious aspects--Islam; Instant messaging--Religious aspects--Islam |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc T Technology > T Technology (General) |
Divisions: | Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul |
Depositing User: | Mrs Nur Aqilah Paing |
Date Deposited: | 11 Jun 2015 15:00 |
Last Modified: | 11 Jun 2015 15:00 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5270 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |