Pemikiran hukum Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fatani dalam fiqh 'ibadah : tumpuan kepada kitab Furu' al-Masa'il / Anida binti Hassan

Hassan, Anida (2013) Pemikiran hukum Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fatani dalam fiqh 'ibadah : tumpuan kepada kitab Furu' al-Masa'il / Anida binti Hassan. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (443Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (218Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (334Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (594Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (697Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (232Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (168Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (6Mb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF (Full Text)
                  Download (322Kb) | Preview

                    Abstract

                    Penyelidikan ini memfokuskan tentang pemikiran seorang tokoh ulama Nusantara silam iaitu Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Faṭani (1720-1879M/ 1133-1279H) dalam aspek fiqh ‘ibadah. Kajian terhadap pemikiran beliau ditumpukan kepada sebuah karya beliau yang paling besar dan paling lengkap dalam bidang fiqh iaitu kitab Furū‘ al-Masā’il wa Uṣūl al-Wasā’il [Cabang-cabang Pelbagai Permasalahan Fiqh dan Asal-usul Jalan Penyelesaiannya]. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti metodologi penulisan kitab Furū‘ al-Masā’il, menganalisis isi kandungan fiqh ‘ibadah dalam kitab Furū‘ al-Masā’il, mengenal pasti kaedah penyelesaian masalah dalam fiqh ‘ibadah yang diaplikasi oleh Syeikh Daud menerusi kitab Furū‘ al-Masā’il dan menganalisis aliran pemikiran hukum fiqh ‘ibadah Syeikh Daud dalam kitab Furū‘ al-Masā’il. Penyelidikan ini adalah penyelidikan kualitatif yang menggunakan metodologi dokumentasi dan analisis kandungan. Kajian ini mendapati bahawa isi kandungan dan susunan tajuk dalam kitab Furū‘ al-Masā’il telah disusun dengan sistematik dan ditulis dengan gaya bahasa yang mudah difahami. Kajian ini juga mendapati bahawa perbahasan fiqh ‘ibadah dalam kitab Furū‘ al-Masā’il adalah komprehensif dan soal-jawab yang dibahaskan dapat dikategorikan kepada empat elemen iaitu pelik dan luar biasa, sejarah, mistik dan futuristik. Di samping itu, kaedah penyelesaian masalah yang diaplikasi Syeikh Daud dalam fiqh ‘ibadah dapat dibahagikan kepada tiga kaedah umum yang dapat dikategorikan pula kepada lima kaedah khusus. Selain daripada itu, kajian ini mendapati bahawa aliran pemikiran Syeikh Daud dalam fiqh ‘ibadah adalah selaras dengan aliran pemikiran hukum yang dipersetujui oleh ulama mazhab Syafii al-Muta’akhkhirīn dan ulama yang paling banyak mempengaruhi aliran pemikiran hukum Syeikh Daud ialah al-Shaykh al-Ramlī dan al-Shaykh Ibn Ḥajar.

                    Item Type: Thesis (Masters)
                    Additional Information: M.Syariah -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
                    Uncontrolled Keywords: al-Fatani, Daud Abdullah, Syeikh, ca. 1763-ca. 1845--Furu` al-Masa'il; Islam--Doctrines; Islam--Theology
                    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
                    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
                    Date Deposited: 26 Jun 2015 13:47
                    Last Modified: 26 Jun 2015 13:47
                    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5275

                    Actions (For repository staff only : Login required)

                    View Item