Mohammad Som, Hairullfazli (2009) Amil dalam institut zakat kontemporari : kajian di Lembaga Zakat Selangor (LZS) / Hairullfazli bin Mohammad Som. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Amil zakat bukan sekadar individu tetapi merupakan institusi yang berperanan menyempurnakan ibadah zakat. Institusi amil melakukan pelbagai tugas berkaitan zakat yang memerlukan gabungan beberapa jenis kepakaran. Kajian ini bertujuan mengenalpasti konsep dan peranan amil masa lalu dan kini di samping menganalisis tugas, operasi dan struktur organisasi mereka khususnya amil di Lembaga Zakat Selangor (LZS). Kajian ini berasaskan data dari pelbagai sumber klasik dan kontemporari termasuk dokumen rasmi LZS diperkukuhkan dengan hasil temubual bersama beberapa pegawai LZS. Kajian ini mendapati pembaharuan di dalam bidang tugas amil korporat tidak melangkaui bidang tugas amil yang asas, yang berubah hanya pada sistem bekerja, penggunaan teknologi dan kreativiti pengurusan organisasi.
Actions (For repository staff only : Login required)