Peranan dana wakaf dalam pembangunan ekonomi masyarakat Islam di Pulau Pinang / Farhana binti Mohamad Suhaimi

Mohamad Suhaimi, Farhana (2011) Peranan dana wakaf dalam pembangunan ekonomi masyarakat Islam di Pulau Pinang / Farhana binti Mohamad Suhaimi. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (6Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (302Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (273Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (933Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (658Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (337Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (767Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (224Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (370Kb) | Preview

                    Abstract

                    Skim Dana Wakaf merupakan salah satu bentuk wakaf kontemporari yang ada pada hari ini. Skim Dana Wakaf yang dibentuk adalah hasil daripada pengumpulan wakaf tunai secara kolektif. Pembentukan ini bertujuan bagi melaksanakan strategi pembangunan hartanah wakaf dan ekonomi umat Islam secara lebih meluas, dinamik dan bersepadu. Kajian ini dijalankan bagi menganalisis peranan Skim Dana Wakaf yang telah diwujudkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dalam usahanya membangunkan ekonomi masyarakat Islam di Pulau Pinang. Justeru, kajian ini menganalisis sumbangan Skim Dana Wakaf dalam keseluruhan aspek pembangunan ekonomi; mencakupi aspek-aspek ekonomi, kerohanian, sosial dan kebajikan masyarakat Islam di Pulau Pinang. Kajian ini dijalankan menggunakan metode pengumpulan data daripada dua sumber utama, iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Data sumber primer diperoleh menerusi temubual penulis dengan Pengurus Skim Dana Wakaf MAINPP, Ketua Bahagian Pentadbiran & Kewangan MAINPP dan pegawai Kerja Akaun MAINPP. Penulis juga menemubual empat buah institusi yang telah menerima bantuan Skim Dana Wakaf. Manakala, data sumber sekunder diperoleh daripada rujukan menerusi jurnal-jurnal, kertas-kertas kerja persidangan dan seminar, buku-buku, dan juga laman web berkaitan dengan Skim Dana Wakaf. Hasil kajian menunjukkan bahawa Skim Dana Wakaf memainkan peranan penting dalam membangunkan ekonomi masyarakat Islam di Pulau Pinang. Sumbangan Skim Dana Wakaf ini membiayai bangunan pejabat dan masjid, atau sumbangan wang tunai menerusi persatuan dan jawatankuasa kariah masjid. Sumbangan dana wakaf ini telah banyak membantu masyarakat Islam dan memberi impak positif dalam pembangunan ekonomi, kerohanian, sosial dan kebajikan masyarakat Islam di Pulau Pinang.

                    Item Type: Thesis (Masters)
                    Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012
                    Uncontrolled Keywords: Waqf--Pulau Pinang; Charitable uses, trusts, and foundations (Islamic law)--Pulau Pinang
                    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                    H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
                    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Economics
                    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                    Date Deposited: 12 Jun 2015 13:42
                    Last Modified: 12 Jun 2015 13:42
                    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5289

                    Actions (For repository staff only : Login required)

                    View Item