Penguatkuasaan kesalahan jenayah Islam di Brunei Darussalam / Suhaimi bin Hj. Gemok

Haji Gemok, Suhaimi (2010) Penguatkuasaan kesalahan jenayah Islam di Brunei Darussalam / Suhaimi bin Hj. Gemok. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (311Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (1982Kb) | Preview

      Abstract

      Kejayaan undang-undang bergantung kepada keberkesanan penguatkuasaan. Ini tidak terkecuali dalam konteks membincangkan penguatkuasaan undang-undang jenayah Islam. Berdasarkan prinsip ‘al-Amru bi al-Makruf wa al-Nahyu an al-Munkar', Islam meletakkan perkara ini sebagai satu kewajipan kepada individu dan juga pemerintah untuk melaksanakannya. Sehubungan dengan itu, di dalam kajian ini beberapa objektif menjadi tumpuan penulis, iaitu pertama, untuk membincangkan konsep penguatkuasaan undang-undang jenayah menurut Islam. Kedua, menilai sejarah perkembangan penguatkuasaan undang-undang jenayah di lokasi kajian iaitu di Negara Brunei Darussalam. Ketiga, mengenal pasti dan menganalisis isu-isu dan permasalahan penguatkuasaan undang-undang jenayah Islam di Brunei masa kini. Untuk mencapai objektif yang digariskan, kajian lapangan dijadikan metode utama mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan. Di samping itu metode observasi dan penelitian fail-fail kes juga digunakan untuk memperoleh data-data yang berkaitan. Sebagai pelengkap kepada kajian ini, metode perpustakaan digunakan untuk meneliti data-data dari pelbagai sumber seperti statut, kes-kes syariah, buku, jurnal, artikel dan lain-lain. Hasil kajian ini, mendapati tahap penguatkuasaan undang-undang jenayah Islam di Brunei belum mencapai tahap kecemerlangan. Faktor-faktor kelemahan seperti ketiadaan undang-undang substantif dan prosedur yang lengkap, kekurangan staf, skim perkhidmatan yang tidak dikemas kini, kurang kemudahan dan peralatan, antara faktor-faktor yang boleh menjejaskan kelicinan penguatkuasaan. Akhirnya, penulis mengambil kesimpulan, kualiti dan kuantiti penguatkuasaan banyak bergantung kepada faktor pengurusan dan pelan tindakan yang teratur.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M. Syariah) -- Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
      Uncontrolled Keywords: Criminal law (Islamic law)--Brunei; Crime--Religious aspects--Islam
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      K Law > K Law (General)
      Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Law
      Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
      Date Deposited: 26 Jun 2015 13:03
      Last Modified: 26 Jun 2015 13:03
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5292

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item