Besar, Haji Mail (2008) Gerakan kristianisasi di kalangan masyarakat Islam : kajian di negara Brunei Darussalam / Haji Mail bin Besar. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Disertasi ini membincangkan gerakan Kristianisasi di kalangan masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam dari tahun 1500M sehingga menjelang tahun 2000M. Perbincangannya mengandungi sejarah bermulanya gerakan Kristianisasi di kalangan masyarakat Islam sehingga sampai ke Negara Brunei Darussalam termasuk metodemetode yang digunakan. Gerakan Kristianisasi di kalangan masyarakat Islam berlaku berpunca dari rasa dendam pemimpin-pemimpin Kristian kerana kekalahan mereka dalam peperangan Salib dan penaklukan Islam terhadap negara Sepanyol. Semenjak peristiwa tersebut berbagai metode telah digunakan bagi menghancurkan Islam dan umatnya di seluruh dunia termasuk di Negara Brunei Darussalam. Gerakan Kristianisasi di Negara Brunei Darussalam bermula pada abad ke XVI yang dilancarkan oleh kuasa kolonail Portugis, kemudian Sepanyol dan diikuti oleh British/Inggeris. Dalam tempoh lebih kurang 486 tahun (1514-2000M) gerakan dilancarkan akhirnya agama Kristian telah bertapak di Negara Brunei Darussalam dan telah dianuti oleh 25,994 orang penduduknya pada tahun 1991. Berbagai metode gerakan telah digunakan antaranya ialah dengan kekerasan, dakwah biasa dan yang berbentuk gerakan “fitnah”. Gerakan dalam bentuk kekerasan telah dapat dihalang, gerakan melalui dakwah biasa hampir berhasil manakala gerakan dalam bentuk “fitnah” bagi menjauhkan penduduk Islam dari Islam melalui fahaman sekularisma sebahagiannya telah berjaya. Namun atas kewibawaan sultan-sultan Brunei dan fatwa Mufti Kerajaan Brunei dari masa ke semasa telah dapat menyingkirkan kesan-kesan dari hasil gerakan Kristianisasi di Negara Brunei Darussalam. Sebagai kesimpulannya kajian ini mendapati dari tahun 1500M sehingga menjelang tahun 2000M jelas wujud gerakan Kristianisasi di kalangan masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam (sebagaimana juga di negara-negara Islam yang lain). Ini berdasarkan kepada kenyataan sejarah dan kesan-kesan yang berlaku setelah terlaksananya suatu metode serta wujudnya beberapa kes yang dikaitkan dengan penyebaran agama Kristian yang secara tidak langsung cuba untuk mempengaruhi masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam.
Actions (For repository staff only : Login required)